Thursday 22 December 2016

Doktor inspirasi

Sekarang aku dah posting medicine.
Ni posting ke 3 aku untuk year 5 ni.
Lagi 2 posting pastu pro exam.
Pejam celik pejam celik lagi 200 hari dah nak pro exam.
Pro exam start 10 julai.

Macam macam jenis doktor aku dah jumpa.
Ada yang komited, inspiring, rajin, genius, menakutkan, busy dan lain lain

Tapi aku respek gila dengan doktor yang bagi inspirasi dan jadi idola kat student dorang.
Contoh paling dekat doktor doktor emergency uitm.
Serius semua doktor emergency uitm sangat sangat lah bagus.
Setiap kali habis teaching mesti banyak input dapat, rasa motivated dan balik tu terus rasa membara nak stay up study. Lol

Tapi ada jugak doktor yang 'downgrade' kan student.
Doktor ni asyik demotivated kan student je.
Dan aku tak suka doktor camni.

Ya lepas teaching dengan doktor camtu akan rasa down.
Dan setiap kali tu aku akan refer artikel ni
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5209.0


Aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi doktor yang bagi inspirasi kat orang lain.




No comments: