Sunday, 6 January 2013

Tahun baru baru

Sekarang dah masuk tahun 2013. Pejam celik pejam celik aku dah pun nak masuk umur 20. Amboiiiii DUA PULUH!!! hahahah power power. Tapi tahun ni macam aku tak rasa sangat dah tahun baru :'( . Sebab cuti untuk new year sehari jeeeee. Aduhaii...

So sekarang aku nak tulis apa yang berlaku pada tahun 2012. Yelaa nanti dah tua, boring boring bolehlah baca balik blog ni yedokk. Haha

So, 2012 merupakan tahun aku habis asasi palam, dan juga aku masuk degree di Sg. Buloh ni.
Alhamdulillah tahun 2012 banyak kenangan manis.
Aku dapat sambung belajar dalam bidang perubatan di UiTM.
Alhamdulillah juga tahun 2012, tahun aku mendapat 4 untuk pointer upu dan juga untuk band Muet.
Tahun 2012 juga merupakan waktu yang aku menganggur selama 6 bulan di rumah makan, tidur, dota, tv, main game, makan, tidur. HAHAHA heaven gilaaaaaaaaaa waktu tuuuuu.
Tapi sekarang....


Tahun 2012 ada banyak kenangan di Puncak Alam, di Shah Alam waktu Pre-medic dan juga di Sg buloh seperti sekarang.

Pehhh penat jugak tulis panjang-panjang ni rupanyeeeee.
Haishhh aku pendekkan sudah la yea..

So, 2 minggu dari sekarang aku akan menghadapi progress test untuk module muscoskeletal system.
dan lagi sebulan aku akan hadapi exam final semester. (4/2/2013)


InsyaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik.
Aku akan cuba jadi yang terbaik.



p/s: aku tak tau nak tulis ape kat ruang p/s ni sebenarnye.. ah sudah la chow.
wish me luck !

7 comments:

Aku Cikgu Sekolah said...

Alhamdulillah .... semoga Allah permudahkan segala urusan Naqib bagi meniti hari-hari mendatang...

Shafiqqah Shafie said...

Buat yng terbaik ! :) btw,I'm in the middle of my final exam now...huhu

naqib rahim said...

Cikgu Izaheri: terima kasih banyak2 cikgu..

Shafiqqah Shafie: terima kasih. goodluck jugak

Muhammad Adam bin Roslan said...

all the best bro

naqib rahim said...

thanks bro

mr. projezt said...

terbaikk arr naqib :D

naqib rahim said...

haha haikal lagi terbaikk :D