Tuesday, 26 July 2011

cerita sedih, tolong baca plzzzzzz

aku sebuah buku. aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di petaling jaya. di dalam badan aku tercetak pelbagai formula. isi kandung aku juga sangat tebal. hampir 1200 muka surat. aku sangat bersyukur walaupun dilahirkan gemuk begini.
mahu dipendekan cerita, pada suatu hari. aku dihantar ke uitm puncak alam untuk dijual kepada pelajar di sana. kalau tak salah, harga aku ialah rm78. yea rm78. murahkah? di sana aku berjumpa dengan banyak kawan-kawan aku. ada yang berasal dari spesies math, bio dan chem. aku bersyukur juga walaupun dilahirkan dalam spesies physics. tetapi aku lebih besar daripada mereka semua. kiranya aku ni seperti abanglong mereka la.
hendak dijadikan cerita, aku dibeli oleh seorang budak. budak tu nampak macam malas+berserabut+blablabla. aku amat takut sekiranya budak itu tak mengunakan aku sebaiknya. melihat kepada perwatakan budak itu, dia nampak seperti pemalas dan pemalas dan pemalas. aku merasakan yang dunia aku akan gelap kerana budak itu semestinya tidak akan mengunakan aku. malah akan mengunakan aku hanya sebagai alat pukul serangga sahaja. itu anggapan aku sahaja.
walaubagaimanapun. aku tersalah estimate, budak itu walaupun memang pemalas. dia telah membalut aku dengan lawa sekali. dia tidak seperti budak rajin yang lain yang telah mengoyakkan kawan-kawan ku dan mengunakan dengan baik.
sepanjang aku tinggal dengan budak ni, walau jarang sekali dia melihat aku. apetah lagi menconteng aku untuk buat latihan.jauh sekali menyiapkan tutorial. aku berasa sungguh bosan. dia tidak melayan aku sama seperti dia melayan benda hitam yang bersambung wayar jenama acer. aku tak tau binatang apa tu. malas nak amik tau. dah la sombong. takpe malas aku nak cerita sini.
pada tanggal 25/7/2011, merupakan detik yang amat bermakna dalam kehidupan aku. aku telah hilang dari budak itu iaitu tuan aku. aku telah tertinggal di lab chem semasa budak itu buat lab chem.
aku merasa amat sedih, aku rasa seperti budak itu memang tak sayang kepada aku.
sekarang aku telah keseorangan.

apabila memikirkan waktu bersama tuanku dahulu, aku merasa sangat rindu. aku tau mesti tuan aku juga merindui aku. aku harap sangkaan aku betul.


kepada sesiapa yang terjumpa buku fizik pearson aku yang berwarna oren sila pulangkan kepada aku.pleaseeeeeeeee :(

ganjaran disediakan.(terpaksa)

4 comments:

Kay Aiden said...

alah naqib..mcmn blh tinggal kat lab chem?kantoi lah buat keje fizik time chem..

Azzam Yani said...

:(

fasha said...

nice story :) haha

.sarahshamsudin. said...

hahaha..
smart la cite ni.. :)