Wednesday 18 March 2009

kepada guruku.

Kau seperti lilin yang menerangi
memberi sinar membakar diri
agar insan jadi insani
tanpamu kosong tiada erti
tak mungkin kami berada di sini.

Terungkap citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari bebal menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
pencorak kehidupan penyambung bangsa
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.

Di saat buntu, dikaulah pembantu
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
jasamu itu ku kenang selalu
biarpun beranak berpinak cucu.

Sesekali melangkah pasti rebah
nasihatmu kuingat menghilangkan gundah
agar diri dan semangat menjadi gagah
daku pasti tak mungkin mengalah
ilmu dan pengalaman diberi sudah
setelah berusaha dan berdoa, terserahlah.


Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Kami kini mampu berdikari.

Terima kasih guru.

(guru yang mengajar aku sejak form1 hingga sekarang)
puan kamariah,cikgu zabidi,puan norishah,puan asiah,ustaz tanusi,cikgu shahnun.cikgu azli,mr.ng,miss chan,cikgu izzaheri,puan mastura,puan azirah,mdm mastura,ustaz saufi,puan noridah,cikgu zaini, cikgu zuraida,mdm juli,puan faridah,puan faizah,cikgu zainuddin,miss helmi fazlin,cikgu iqbal,cikgu salwani.

3 comments:

Unknown said...

sapew cikgu iqbal?cikgu baru ek?die masuk bile n ajar apew?

cikgu said...

salam...
jasa guru-guru semasa di tadika dan di bangku sekolah rendah juga jgn sesekali dilupakan...mereka lah tunggak kejayaan kamu sekarang. :).semoga berjaya.

naqib rahim said...

a'ah.
cikgu baru..
ajar add math n math