Wednesday 25 October 2017

Post pro exam

Setelah lebih 3 bulan result pro exam keluar baru aku nak update.
Nampak tak berapa busynya aku. Lul

Alhamdulillah lulus pro exam julai haritu.

So aku nak tulis pengalaman pro exam nanti dah tua boring boring boleh baca balik.


Long case hari tu aku dapat kes post stemi ccf with hx of stroke, non compliances dm, hpt. Memula masuk bilik patient cerita pasal stroke aku pun okay la layankan je history stroke pastu 30 min aku saja tanya doktor apa yang jemput jadi patient exam. Rupa rupanya doktor cardio. Ggwp kelam kabut aku reclerk balik kes cardio. Fuhh nasib dr arif, dr joy, dr shah jumaat mood tengah baik. Soalan pun alhamdulillah boleh jawab dan banyak soalan soalan basic dalam buku oxford handbook tu.

Untuk shortcase aku dapat kes developmental milestone for down syndrome dengan dr anis siham. Mmg expected global delay la kan dan patient sangat baik + comel. Dr anis pon sempoi je. Kes surgery dapat left lumbar abdominal mass dgn miss zeti dan miss mayuha. Walau tak sure sgt definite diagnosis aku buat konfiden dengan diagnosis colorectal ca (harap betul). Kes o&g dengan prof thani. Yang ni kelakar patient's abdomen is distended aku cakap due to gravid uterus. Pastu explain la macam macam lagi features dia, pastu prof thani cakap what if the patient not pregnant. Haaaa konfem2 molar pregnancy. Haha penat goreng pasal uterus smaller than date sebab period of amenorhea dia tak correspond to date. 

Sekarang aku merupakan penganggur  berjaya. Tak tau bila nak tuai hasil ni. Dengar cerita housemanship intake bulan 2 tahun depan. Lama lagi la nampaknya menganggur dah la banyak ilmu medic dah lupa. 








No comments: