Monday, 25 June 2012

Cerita: Impian

Pada suatu pagi yang indah, di saat sang suria baru menjelmakan diri, sang burung sibuk berkicauan di atas pohon Jati, sang rimau sibuk mencari mangsa di hutan, sang lembu sibuk meragut rumput di padang tinggal di sebuah kawasan kampung yang sentiasa sepi dan harmoni, kelihatan Said seorang pemuda belasan tahun yang masih bersekolah dan akan menduduki SPM tak lama lagi sedang bergegas menunggang basikal jenis Hodgsonnya buatan China mungkin.

Seperti rakan-rakan sebayanya yang lain, Said juga mempunyai harapan yang tinggi. Cita-citanya nak buat KLCC jadi rumahnya suatu hari nanti jikalau berjaya.

"Said, mari sini", Cikgu Johan memangil Said kehadapan kelas.
Said pun bingkas bangun dari kerusi kayu yang didudukinya lalu terus menuju kepada gurunya itu.

"Kenapa cikgu?"

"Nah", ujar cikgunya sambil memberi sehelai sampul surat kepadanya.

Dengan perasaan berdebar dan ingin tahu yang kuat, lantas Said pun membuka sampul surat yang baru diterimanya itu tadi. Kelihatan perkataan "tahniah" tertera di bahagian atas sampul surat itu.

"Ya Allah, betulkah ini cikgu? Alhamdulillah", ujar Said

"Tahniah Said"





Bersambung...

No comments: