Thursday 23 June 2011

cita-cita atau impian?

semasa kita kecil hingga kita dewasa, kita sering diajukan soalan seperti,
"bila dah besar nanti nak jadi apa?"
jadi, pelbagai jawapan yang keluar dari mulut kita.

sama seperti aku.
semasa berumur 4-5 tahun, bercita-cita untuk jadi superman.*memang tak logik*
semasa berumur 6-12 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang askar atau polis.sebab pekerjaan ni nampak logik sedikit kerana masa tu kita pon dah boleh berfikir dan tetap kononnya nak jadi "superhero".
semasa berumur 13-14 tahun, bercita-cita untuk menjadi pilot.tapi sebab pakai cermin mata, terpaksa aku tukar cita-cita juga.
semasa berumur 15-16 tahun, bercita-cita untuk menjadi CEO syarikat.sebab mase tu aku terlalu terpengaruh dengan filem-filem melayu yang nampak cool
tapi masa berumur 17 dan sekarang, aku tiba-tiba bercita-cita nak jadi doktor.*kononnya*
soalan ini ditanya oleh lecturer aku apabila bertanya mengenai kos untuk ambil masa degree.

hmm,macam-macam yang kita impikan.tapi bukan kita yang menentukan.kita perlulah berusaha untuk mencapai dan mendapat apa yang kita nak seperti firman Allah;-

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

dan sekarang.aku pun dah berada di uitm, puncak alam. dan mengambil jurusan asasi sains.mungkin orang kata aku makin hampir untuk mendapat apa yang aku citakan. tapi kalau terlalu lalai, mungkin ianya akan menjadi impian sahaja.

mengapa aku memilih untuk bercita-cita menjadi doktor?
soalan tu mungkin terlalu subjektif dan jika tanya kepada seorang budak berumur 5 tahun pun mungkin dia tak mampu untuk jawab, malah akan terdiam dan berlari ke arah lain.

bagi aku, aku memilih untuk bercita-cita menjadi seorang doktor ialah kerana minat(fullstop)



tapi,untuk masa sekarang.apa yang penting ialah fokus terhadap pelajaran dan sentiasa mengingati allah.dan niatkan kita belajar bukan untuk jadi doktor atau dapat kerja bagus.tapi kita belajar ialah kerana untuk medapat keredhaan allah.

aku tertarik dengan post di blog ni. klik sini .

4 comments:

farahshahirah said...

betul betul betul ! tapi aku tak minat nk jadi doktor :D

Unknown said...

aku nak sangat jadi lecturer tapi parents aku nak aku jadi dokyor..tapi sekarang aku lebih bminat nak jadi dentist ni,,huhuuhu

elinadore said...

so true

naqib rahim said...

:)