Friday, 19 December 2025

Update kehidupan

Dah lama aku tak update blog ni.
Last sekali masa birthday tahun 2022.
Pehh dah 3 tahun lebih.
Macam-macam hal dah berlaku.

Aku cek balik last entry blog pasal azam umur 29 tahun.
1/ Nak pass paces sebelum masuk umur 30 (InsyaAllah kalau dapat seat)
2/ Nak gi gym atau regular running
3/ Nak baca buku-buku non medical sebulan sekali atau 3 bulan sekali at least (cehhh)
4/ Nak join kerja-kerja volunteering (Medical related)
5/ Kahwin (eh)

Hahaha...

Alhamdulillah dapat capai hampir semua.
Okay nak update untuk blog kalini.

Aku dah berkahwin pada 9/12/2023.
Majlis kahwin di Penang di Dewan Bizmilla, Bukit Mertajam 10/12/2023
Majlid kahwin belah aku di Dewan Sharifah Kohijrah, Nilai pada 31/12/2023
Aysha Nayla lahir di Hospital Putrajaya 27/3/2025
Pass MRCPUK paces di UMMC 14/10/2025
Pass exam MMED Internal Medicine theory and clinical 2025

Alhamdulillah.

Nanti nanti aku nak share tips pass MRCPUK.
InsyaAllah.

Monday, 18 July 2022

Selamat hari jadi yang keeeeeee 29!

Dah 29 dah aku.
Cepat masa berlalu.
Tahun depan dah masuk 30.
Three series...

So, azam umur 29 niiiii
1/ Nak pass paces sebelum masuk umur 30 (InsyaAllah kalau dapat seat)
2/ Nak gi gym atau regular running
3/ Nak baca buku-buku non medical sebulan sekali atau 3 bulan sekali at least (cehhh)
4/ Nak join kerja-kerja volunteering (Medical related)
5/ Kahwin (eh)


Ni gambar masa gi interview SPA haritu. Lol

Friday, 15 July 2022

Kehidupan sekarang!

Lama dah tak update blog ni.
Tetiba jeee teringat ada blog.
Lol.

Harini 15hb Julai, lagi 3 hari dah nak hari jadi yang keeeeeeee
29 😳
Sekejap je dah nak 3series lul
Banyak benda berlaku.

Alhamdulillah sekarang berada di jabatan perubatan hosp putrajaya.
Alhamdulillah dah pass MRCP (UK) part 1 dan part 2.
Mungkin tahun depan ambik paces kalau dapat slot.


So next maybe kena start pikir kahwin. Eh

Dah chow. Malas nak tulis banyak.

Saturday, 2 May 2020

Floating Medical Officer di Medical

Bila jadi floater ni rasa sama macam masuk first poster balik.
Kena tanya senior MO macam macam.
Camne nak refer IKN, camne nak refer neurossurgical HTJ, camne nak hantar bronchoscopy, camne itu camne ini.
Prosedur pun tak berapa mahir lagi.

Tapi setakat seminggu lebih di Ward B2, jaga mostly patient geriatrics.
Not bad lah medical ni,

Haritu oncall hari khamis lepas, kena jaga aras 4 dan referral aras 1.
Nasib dapat tidur 2 jam jugak walaupun tido tido ayam.
dan esok nya kena review kes balik kat ward, settlekan mo joblist dan balik pukul 5. (Sebenarnya kena balik pukul 6 sebab ada banyak isu tak setel untuk long weekend)

Okayyy goodluckk untuk hari hari mendatang.

Btw, aku akan ambil part 1 MRCP 15 September ini.
Lagi 135 hari lagi.
InsyaAllah.
Semoga pass.


Wednesday, 22 April 2020

Selesai housemanship.

Akhirnya tamat dah housemanship.
23/4/2018-22/4/2020

Next phase medical officer float in medical department.
Wish me luck!



Wednesday, 16 October 2019

Setahun setengah housemanship

So tinggal lebih kurang 6 bulan lagi untuk housemanship
Sekarang posting ortho dan lepasni posting emergency

So far so good.

Aku boring.
Dan aku takde idea nak tulis apa lagi.
HAHA

Thursday, 16 May 2019

A year of housemanship

Wow,
Pejam celik dah setahun housemanship berlalu.
Dah lepas posting
1) O&G
2) Medical
3) Paediatrik

Sekarang masuk minggu ke 4 di posting Surgical.
Tapi still rasa medical the best posting so far.

Lagi setahun InsyaAllah habis housemanship ni.
Sekarang pun tengah bulan puasa.
Sama macam masa mula mula masuk posting O&G tahun lepas.

Ohh waktu buka dah nak masuk.
Ok jumpa lagiiiii blog di masa nanti.
Adios.

Friday, 20 April 2018

So it begins

Aku start housemanship aku dengan posting O&G!
Isnin ni start tagging.
Kena datang sebelum 7 pagi hingga 10 malam.


Fighting!

Thursday, 22 March 2018

New life


Semoga jadi excellent HO!
Fighting!

Sunday, 12 November 2017

Beijing 2017

Dah sebulan pergi baru nak upload gambar 😰








Wednesday, 25 October 2017

Post pro exam

Setelah lebih 3 bulan result pro exam keluar baru aku nak update.
Nampak tak berapa busynya aku. Lul

Alhamdulillah lulus pro exam julai haritu.

So aku nak tulis pengalaman pro exam nanti dah tua boring boring boleh baca balik.


Long case hari tu aku dapat kes post stemi ccf with hx of stroke, non compliances dm, hpt. Memula masuk bilik patient cerita pasal stroke aku pun okay la layankan je history stroke pastu 30 min aku saja tanya doktor apa yang jemput jadi patient exam. Rupa rupanya doktor cardio. Ggwp kelam kabut aku reclerk balik kes cardio. Fuhh nasib dr arif, dr joy, dr shah jumaat mood tengah baik. Soalan pun alhamdulillah boleh jawab dan banyak soalan soalan basic dalam buku oxford handbook tu.

Untuk shortcase aku dapat kes developmental milestone for down syndrome dengan dr anis siham. Mmg expected global delay la kan dan patient sangat baik + comel. Dr anis pon sempoi je. Kes surgery dapat left lumbar abdominal mass dgn miss zeti dan miss mayuha. Walau tak sure sgt definite diagnosis aku buat konfiden dengan diagnosis colorectal ca (harap betul). Kes o&g dengan prof thani. Yang ni kelakar patient's abdomen is distended aku cakap due to gravid uterus. Pastu explain la macam macam lagi features dia, pastu prof thani cakap what if the patient not pregnant. Haaaa konfem2 molar pregnancy. Haha penat goreng pasal uterus smaller than date sebab period of amenorhea dia tak correspond to date. 

Sekarang aku merupakan penganggur  berjaya. Tak tau bila nak tuai hasil ni. Dengar cerita housemanship intake bulan 2 tahun depan. Lama lagi la nampaknya menganggur dah la banyak ilmu medic dah lupa. 








Monday, 10 July 2017

The battle begins


Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah


Nobody said it gonna be easy, they just promised it would be worth it!

Goodluck! 💪


Monday, 3 July 2017

Pro exam!

Semoga Muhammad Naqib bin Abdul Rahim lulus dengan cemerlang pro exam julai 2017 dengan sekali percubaan. Amin

MBBS220 UITM

Wednesday, 21 June 2017

InsyaAllah lulus 💪


bismillahi tawakkaltu ala allah

Goodluck batch 10 mbbs faculty of medicine uitm!

Wednesday, 14 June 2017

26 hari ke pro exam

Cuakkkkkkk

Banyak lagi nak study!
Tetiba rasa menyesal lak tak join study group masa orang ajak awal year 5 dulu.


Takpe takpe aku boleh survive ni
InsyaAllah! 💪

Fighting!

Wednesday, 10 May 2017

Random thought

Lagi 2 hari untuk habis last posting year 5 ni.
Lagi 5 hari untuk last end of semester exam.
Lagi 61 hari untuk pro exam sebelum graduate.
InsyaAllah
Lagi beberapa bulan sebelum start menganggur.
Dan lagi beberapa bulan sebelum start housemanship.

Can the clock stop rotating?
Can the date stop changing?
Can the time stop moving?

Seriously aku nak enjoy saat sebelum.
Saat sebelum berdebar sangat untuk pro exam.
Saat sebelum bangun pagi pagi untuk bekerja.

Aku nak duduk kat rumah main game dota atau ps 4.
Lepas tu mama jerit dari bawah suruh makan.
Tidur tanpa set alarm.
Duduk terperap dalam rumah 24/7.

Erghhhh.
Need to set the priorities right.
Time never stop.

Road to pro exam!
Road to graduate!

InsyaAllah

Moh study!

Wednesday, 26 April 2017

sosial media

Bulan 7 ni umur dah 24.
Makin meningkat umur aku.

Aku ingat nak upload gambar banyak kat sosial media.
Sebab nanti kalau dah kerja dah jadi specialist ke boleh tengok tengok balik gambar masa student dulu.
cehh.
Takpun nanti boleh tunjuk kat anak anak.
Lmao

Tapi aku taknak orang tengok.
Hahaha

So apaaaaa nak buattt.

Aku plan nak buat instagram baru.
Gigih jugak idea ni!

Wednesday, 12 April 2017

Cabaran!


Start dariiiii sekarang!

Tuesday, 4 April 2017

Tryhard!

Serius terasa debaran pro exam.
Lagi 3 bulan je.
Sangat sangat nak dekat.

Aku kena start tryhard untuk exam ni.
Kene mula berlari!

Chaiyok!

Monday, 3 April 2017

Day 1 psy

Harini hari pertama psy.
Pro exam lagi 98 hari je lagi.

Dan malam ni tetiba selsema.
So aku nak tido awal bangun awal pastu study sikit esok
Please la ada eustress nak dekat exam ni.
Moga batch 10 uitm medic semua lulus dengan cemerlang.
Amin.