Monday, 18 July 2022

Selamat hari jadi yang keeeeeee 29!

Dah 29 dah aku.
Cepat masa berlalu.
Tahun depan dah masuk 30.
Three series...

So, azam umur 29 niiiii
1/ Nak pass paces sebelum masuk umur 30 (InsyaAllah kalau dapat seat)
2/ Nak gi gym atau regular running
3/ Nak baca buku-buku non medical sebulan sekali atau 3 bulan sekali at least (cehhh)
4/ Nak join kerja-kerja volunteering (Medical related)
5/ Kahwin (eh)


Ni gambar masa gi interview SPA haritu. Lol

Friday, 15 July 2022

Kehidupan sekarang!

Lama dah tak update blog ni.
Tetiba jeee teringat ada blog.
Lol.

Harini 15hb Julai, lagi 3 hari dah nak hari jadi yang keeeeeeee
29 😳
Sekejap je dah nak 3series lul
Banyak benda berlaku.

Alhamdulillah sekarang berada di jabatan perubatan hosp putrajaya.
Alhamdulillah dah pass MRCP (UK) part 1 dan part 2.
Mungkin tahun depan ambik paces kalau dapat slot.


So next maybe kena start pikir kahwin. Eh

Dah chow. Malas nak tulis banyak.

Saturday, 2 May 2020

Floating Medical Officer di Medical

Bila jadi floater ni rasa sama macam masuk first poster balik.
Kena tanya senior MO macam macam.
Camne nak refer IKN, camne nak refer neurossurgical HTJ, camne nak hantar bronchoscopy, camne itu camne ini.
Prosedur pun tak berapa mahir lagi.

Tapi setakat seminggu lebih di Ward B2, jaga mostly patient geriatrics.
Not bad lah medical ni,

Haritu oncall hari khamis lepas, kena jaga aras 4 dan referral aras 1.
Nasib dapat tidur 2 jam jugak walaupun tido tido ayam.
dan esok nya kena review kes balik kat ward, settlekan mo joblist dan balik pukul 5. (Sebenarnya kena balik pukul 6 sebab ada banyak isu tak setel untuk long weekend)

Okayyy goodluckk untuk hari hari mendatang.

Btw, aku akan ambil part 1 MRCP 15 September ini.
Lagi 135 hari lagi.
InsyaAllah.
Semoga pass.


Wednesday, 22 April 2020

Selesai housemanship.

Akhirnya tamat dah housemanship.
23/4/2018-22/4/2020

Next phase medical officer float in medical department.
Wish me luck!