Tuesday 27 December 2016

Trauma

Alhamdulillah aku selamat.
Tadi aku eksiden.
Stereng totally lost control.
Jalan licin langar tembok tepi masa nak exit selekoh mex cheras.
Time tu nak balik ke kolej selayang.

Salah aku jugak.
Bawak tak berhati hati.
Mungkin sebab nak cepat sampai.
Takut pagar tutup.
Aku tak pikir keadaan hujan sejak tengah hari mesti jalan licin.
Masa nak selekoh dan tayar tergelincir.
Aku tak dapat nak kawal.
Nasib takde kenderaan lain.
Kereta aku berpusing langar tembok pastu lawan arah jam.
Alhamdulillah aku selamat.

Walau kereta aku rosak sikit.
Masa nak drive balik ke kolej aku tawakal walau enjin berbunyi bising.
Walau stereng dah tak align dengan tayar.
Aku hanya boleh berdoa supaya dapat sampai.
Time ni baru nak ingat tuhan.
Salah aku jugak.

Alhamdulillah aku selamat.
Alhamdulillah Allah beri masa lagi.

Thursday 22 December 2016

Doktor inspirasi

Sekarang aku dah posting medicine.
Ni posting ke 3 aku untuk year 5 ni.
Lagi 2 posting pastu pro exam.
Pejam celik pejam celik lagi 200 hari dah nak pro exam.
Pro exam start 10 julai.

Macam macam jenis doktor aku dah jumpa.
Ada yang komited, inspiring, rajin, genius, menakutkan, busy dan lain lain

Tapi aku respek gila dengan doktor yang bagi inspirasi dan jadi idola kat student dorang.
Contoh paling dekat doktor doktor emergency uitm.
Serius semua doktor emergency uitm sangat sangat lah bagus.
Setiap kali habis teaching mesti banyak input dapat, rasa motivated dan balik tu terus rasa membara nak stay up study. Lol

Tapi ada jugak doktor yang 'downgrade' kan student.
Doktor ni asyik demotivated kan student je.
Dan aku tak suka doktor camni.

Ya lepas teaching dengan doktor camtu akan rasa down.
Dan setiap kali tu aku akan refer artikel ni
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5209.0


Aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi doktor yang bagi inspirasi kat orang lain.




Wednesday 7 December 2016

Stressor mana kauuu

End of posting exam minggu depan tapi macam tak rasa nak exam jeeee nii
Aduhh mana stressor exam ni

Stress exam ni sebenarnye bagus jugak at least takde la banyak buang masa tak study

Goodluck surgery posting!

Monday 10 October 2016

Final year guysss

Pejam celik dah final year.
Rasa macam baru jee semalam pre med.
LOL

Okay start hari ni aku nak gunakan blog ni dan update pengetahuan mengenai medicine.
*kalau rajin la kot*
LOL sekali lagi

Aku start final year ni dengan posting O&G pasni surgery, medicine, paed dan pbm
Dan akhirnya pro exam 10 july 2017 ni.
Erghh doakan plisss

Sunday 19 June 2016

Selamat berpuasa

Lama tak update blog ni.

Semoga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik.


Ceh


Jumaat ni exam. Doakan. Kbai

Monday 9 May 2016

Selamat hari ibu









Selamat hari ibu, mama.

Tuesday 26 April 2016

Monday 21 March 2016

Selamat pengantin baru dan melawat taiping

Selamat pengantin baru munir

Melawat taiping

Taman tasik

Night safari zoo taiping

Bukit larut

Burmese pool

18-20 March 2016

Tuesday 15 March 2016

Result eos dan larian

Halooo

Result end of semester dah keluar
Alhamdulillah lulus semua
Pasni kena belajar lagi kuat rasanye
Takleh main main dah
Sebab ada posting medicine
Huhh

Ni gambar masa larian nkve kelmarin
3km je lmao
Pasni masuk 42km pulak
Jaga jaga

Tuesday 8 March 2016

Post eop sem 7

Aku ingat nak update blog masa cuti haritu.
Tapi rasa malas gilaa lak.

Exam sem 7 dah habis.
Ortho, pcm dan surgery.

Sem ni lak medicine, short posting, phpm dan a&e.

Fuh pack pack


Friday 29 January 2016

Merujuk kepada post sebelum

Hahahaha

Aku acah jeee.
Tak sampai sehari bertahan

Anti sosial

Dear blog,
Aku rasa aku nak deactivate facebook dengan twitter aku untuk beberapa hari.

Entah lah aku rasa macam terlalu dependent terhadap sosial media.
Sekejap sekejap nak bukak.

Aku cuba tak bukak sampai exam.

Bestluck.

Wednesday 20 January 2016

Jadual eos

Jadual exam dah keluar.
Tapi banyak tak cover lagi.

Hmmm

Goodluck

Thursday 7 January 2016

Posting anaesthesia

Okay sekarang ni tengah posting anasthesia.
2 minggu posting.

Memang agak pack.
Tapi macam best.

Tadi aku masuk operation room.
Bahasa singkat dia OT.
So dapat la tengok prosidur general ansthesia macam intubation, regional anasthesia macam combined spinal epidural dan lain lain.
Agak teruja.

Tapi yang lagi best.
MasyaAllah baik betul doktor doktor anaest nii.

Sekian.