Monday, 26 October 2015

Risau mana lagi risau

Risau betul aku baca berita harini.
Pasal permasalahan remaja sekarang.
Pasal budak 17 tahun dirogol dan dibunuh teman lelaki.
Dah macam cerita omputeh.
Link boleh tengok sini.

Aku umur 22 pun tak pernah ada awek lagi.
Real jugak aku nii



Amacam stail tak gambar bakal surgeon atas ni.

Sebenarnye aku lagi risau exam nak dekat niii.
Hmmm glhf

Sunday, 18 October 2015

Penat belajar

Ada suatu haritu kawan aku ada merungut.
Dia cakap cepatlah habis belajar.
Nak kerja cepat.
Yee aku pun rasa macamtu.

Tapi.
Aku risau.
Sangat sangat risau.
Cukup ke ilmu aku masa kerja nanti.
Cukup ke pengetahuan nak "manage" pesakit.
Cukup ke 'terer' nak buat prosidur semua.

Lepas pikir semua tu.
Aku taknak cepat kerja.
Aku taknak meresikokan pesakit pesakit dengan kekurangan ilmu.
"Be a safe doctor" bak kata orang.

Ya marilah menuntut ilmu sehabis baik!
Takde istilah penat belajar.

Saturday, 10 October 2015

Dua berita

Terkejut.
Hari ni aku ada baca dua berita mengejut.
Berita yang sangat mengejutkan.

Yang pertama, berita mengenai kehilangan 7 orang pelajar SK Tohoi, Gua Musang selama lebih kurang 47 hari.
2 hidup dan 3 meninggal.
Lagi 2 diharapkan selamat.
Aku terkejut dan "curious" menunggu cerita seterusnya.
Boleh rujuk link ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-misteri-7-pelajar-orang-asli-hilang-di-pos-tohoi-gua-musang-75841

Berita yang kedua mengenai kanak-kanak 5 tahun yang diculik di kajang.
Menurut berita kanak-kanak ni diculik di hadapan rumah sendiri.
Ketika bersama ibunya.
Dasyat.
Dasyat dunia sekarang.
Tetapi setelah 8 jam diculik akhirnya ditemui.
Boleh rujuk link ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanak-kanak-lima-tahun-yang-diculik-di-sungai-chua-ditemui-lapan-jam-kemudian-75869

Yang menjadi kejutan.
Kenapa nak buat jahat, kalau boleh buat baik.

Banyak perbezaan jahat dan baik.
Bezakan dan jangan terkejut.

Friday, 9 October 2015

Mood ortho

Minggu ni minggu ke 4 aku diposting orthopaedics.
Maknanya lagi 3 minggu pastu habis lah.
Ye habis dan ada exam minggu ke 8 nanti.
GG.

Posting ni tersangat lah relax.
Relax sebab bedside hanya 1-2 kali sahaja seminggu.
Yang lain penuh dengan ward round.

Tapi sebenarnya posting ni sangat la "hardcore".
Anatomi tulang, saluran darah dan saraf yang belajar time year 1 dengan year 2 dulu kena ingat balik.

Pehh gilaaa.
Tapi tak gila.

Sebab posting orthopaedics ni agak best la jugak bagi aku.
Pembelajaran dia enjoy.

Semoga berjaya!

Thursday, 1 October 2015

Cabar mencabar

Aku nak cabar diri aku.

Aku nak cabar untuk tak bukak sosial media.

Yee tak bukak facebook, twitter, instagram selalu.

Dan aku nak cabar diri aku.

Aku nak cabar diri aku bukak buku selalu.
Yee buku pelajaran.




Tapi rasa macam tak mungkin.
Hmm susah jadi hamba internet.
Aku cuba!