Wednesday 30 December 2015

Periksa pcm

Dear diary,

Cehh aku nak acah acah macam menulis di diari nii.

Tadi aku ada exam.
Exam osce primary care medicine atau bahasa singkat dia pcm.
Ada 2 kes.
Dyspepsia dengan hypothyroid.

Tapi sejujurnyee aku rasa macam exam ni macam bukan macam exam.
Rilek sangat.
Mungkin dah terlalu banyak exam kot.
Tak rasa cuak pun nak exam.

Ni lagiiii bahaya sebab takut tak stimulate semangat nak belajar.

Tapi rasa cuak tu datang masa 10 minit masa tunggu nak masuk ke bilik exam.
Nasib baik lepas duduk mengadap primer dengan doktor dah tak rasa cuak.

Okay posting depan aku posting surgery pulak.
Sekian.

Wednesday 16 December 2015

2015 dan 2014 sikit

Sebenarnyee aku post gambor ke sini sebab aku nak clearkan henset aku.
Memori dah penuh.


Elektif masa year 2

Housemates palam

Posting rural teluk intan


Group rural

Posting rural

Cuti

Scuba

Raya

Rumah terbuka

Mds

Stalker

Bali

Bali lagi

Bali lagi lagi


Dah la cukup la.
Letih jugek sebenarnye upload guna henset nii.
Tapi banyak jugak gambar lagi nii

Sunday 15 November 2015

konfiden

Konfiden itu sangat sangat penting.

Sejak aku masuk fakulti perubatan ni.
Boleh kira setiap bulan atau minggu pasti akan ada presentation.
Tak kisah present depan kumpulan kecil 10 orang atau kumpulan besar 240 orang.

So secara tak langsung dapat meningkat kan tahap konfiden aku.

Dulu aku 'admit' aku bukan seorang yang konfiden.
Nak order kat KFC pun dah berdebar.
*Hyperbola sikit*

Dan banyak peluang aku terlepas.

Contohnya.
Masa interview buat jambatan guna straw mara ni.


Kalau tak sekarang mesti aku tengah kat dalam Stadium Santiago Bernabeu sambil timbang bola lawan Ronaldo.
Tapi sebab kekurangan konfiden masa tu.
Mara bagi aku tempat lain, kos lain.
Redha.


So aku nak share quote ni.

All you need in this life is ignorance and confidence, and then success is sure- Mark Twain

Dan satu quote yang aku takkan lupa.
Don't follow what others people do,but always follow your heart and your mind ask and do it at maximum level- Naqib Rahim
Kahkahkah

Tuesday 3 November 2015

The most "fair" exam in the entire galaxy

Aku baru dapat berita.
Esok maksud aku petang ni.
(Jam sekarang 1.18pg)
Aku ada exam short case.
Okayy.
Aku okayy.
Hmm.

Bismillahitawakkaltualallah.
Goodluck!

Monday 2 November 2015

Pre-exam syndrome

Aku nak exam dah weh, nak exam.
Debor ni debor.
Short case hari rabu.
Osce hari jumaat.
Tawakkal. Goodluck



Mana tau nanti nama aku boleh ukir kat board ni lak.
Kahkahkah


Monday 26 October 2015

Risau mana lagi risau

Risau betul aku baca berita harini.
Pasal permasalahan remaja sekarang.
Pasal budak 17 tahun dirogol dan dibunuh teman lelaki.
Dah macam cerita omputeh.
Link boleh tengok sini.

Aku umur 22 pun tak pernah ada awek lagi.
Real jugak aku nii



Amacam stail tak gambar bakal surgeon atas ni.

Sebenarnye aku lagi risau exam nak dekat niii.
Hmmm glhf

Sunday 18 October 2015

Penat belajar

Ada suatu haritu kawan aku ada merungut.
Dia cakap cepatlah habis belajar.
Nak kerja cepat.
Yee aku pun rasa macamtu.

Tapi.
Aku risau.
Sangat sangat risau.
Cukup ke ilmu aku masa kerja nanti.
Cukup ke pengetahuan nak "manage" pesakit.
Cukup ke 'terer' nak buat prosidur semua.

Lepas pikir semua tu.
Aku taknak cepat kerja.
Aku taknak meresikokan pesakit pesakit dengan kekurangan ilmu.
"Be a safe doctor" bak kata orang.

Ya marilah menuntut ilmu sehabis baik!
Takde istilah penat belajar.

Saturday 10 October 2015

Dua berita

Terkejut.
Hari ni aku ada baca dua berita mengejut.
Berita yang sangat mengejutkan.

Yang pertama, berita mengenai kehilangan 7 orang pelajar SK Tohoi, Gua Musang selama lebih kurang 47 hari.
2 hidup dan 3 meninggal.
Lagi 2 diharapkan selamat.
Aku terkejut dan "curious" menunggu cerita seterusnya.
Boleh rujuk link ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-misteri-7-pelajar-orang-asli-hilang-di-pos-tohoi-gua-musang-75841

Berita yang kedua mengenai kanak-kanak 5 tahun yang diculik di kajang.
Menurut berita kanak-kanak ni diculik di hadapan rumah sendiri.
Ketika bersama ibunya.
Dasyat.
Dasyat dunia sekarang.
Tetapi setelah 8 jam diculik akhirnya ditemui.
Boleh rujuk link ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanak-kanak-lima-tahun-yang-diculik-di-sungai-chua-ditemui-lapan-jam-kemudian-75869

Yang menjadi kejutan.
Kenapa nak buat jahat, kalau boleh buat baik.

Banyak perbezaan jahat dan baik.
Bezakan dan jangan terkejut.

Friday 9 October 2015

Mood ortho

Minggu ni minggu ke 4 aku diposting orthopaedics.
Maknanya lagi 3 minggu pastu habis lah.
Ye habis dan ada exam minggu ke 8 nanti.
GG.

Posting ni tersangat lah relax.
Relax sebab bedside hanya 1-2 kali sahaja seminggu.
Yang lain penuh dengan ward round.

Tapi sebenarnya posting ni sangat la "hardcore".
Anatomi tulang, saluran darah dan saraf yang belajar time year 1 dengan year 2 dulu kena ingat balik.

Pehh gilaaa.
Tapi tak gila.

Sebab posting orthopaedics ni agak best la jugak bagi aku.
Pembelajaran dia enjoy.

Semoga berjaya!

Thursday 1 October 2015

Cabar mencabar

Aku nak cabar diri aku.

Aku nak cabar untuk tak bukak sosial media.

Yee tak bukak facebook, twitter, instagram selalu.

Dan aku nak cabar diri aku.

Aku nak cabar diri aku bukak buku selalu.
Yee buku pelajaran.




Tapi rasa macam tak mungkin.
Hmm susah jadi hamba internet.
Aku cuba!

Tuesday 29 September 2015

Cuaca dan bahasa bukan penghalang

Hari ni hari isnin
Hari jerebu

Universiti dapat cuti kecuali fakulti aku
Takpe aku tak kisah

Bak kata doktor aku
Ya aku terharu
Sangat terharu

Jadi pagi pagi aku gerak awal dari sungai buloh ke hospital selayang
Nak elak jem orang kata

Tapi cerita dia aku pergi klinik ortho tadi 
Doktor kata pesakit hari ni ada 300 orang
Ramai memang ramai

Apa yang menarik aku nak cerita
Ada seorang wanita berumur linkungan 60 tahun
Berbadan agak besar
Datang dengan 2 orang anak perempuan 

Beliau datang sebab sakit kaki
Beliau tak reti bercakap melayu atau ingeris
Jadi komunikasi antara doktor dengan pesakit agak terganggu

Penat anak anak beliau cuba untuk terjemahkan kat doktor

Aku perhati doktor pun mengaru kepala

Lawak
Tapi aku tak gelak

Aku sangat respek kat doktor tu tabah untuk cuba memahami dan beri rawatan yang terbaik

Semoga semua doktor seperti beliau
Berkhidmat untuk masyarakat

Dan semoga aku juga begitu
Menjadi doktor ummah

Sunday 27 September 2015

Menulis

Aku ingat aku nak start menulis
Sebab twitter, facebook dengan instagram dah terlalu mainstream
Sebab ramai orang dah tak main blog

Jadi aku nak buat comeback
Nak menulis kat blog ni

Tapi
Aku tak tau apa aku nak tulis nanti
Hmm nanti aku pikir idea lain

Thursday 10 September 2015

Okay year 4 dan sem baru

Okay sem ni agak pack.
Okay aku start dengan posting Orthopaedics.
Okay pastu primary care medicine, surgery, medicine, short posting, phpm dan akhir sekali a&e.

Okay malas nak tulis panjang.
Okay aku okay.

Okay yang okay,
Okay!

Tuesday 10 February 2015