Saturday 15 December 2012

The next module.

Habis sudah General Module. Lepas ni masuk module baru, Musculoskeletal System.
Seperti biasa setiap kali habis module akan ada progress test.
Dan seperti biasa aku masih jugak tidak ready untuk jawab progress test tu. haha
Soalan jugak seperti biasa sangat lah susah.
Harap harap dapat lah gred lebih baik atau maintain gred GM 1 hari tu.
InsyaAllah




Tuesday 20 November 2012

#PrayForGaza


All your armies, all your fighters
All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue


#PrayForGaza
 

Saturday 10 November 2012

Sebab penyebab


Sejak kebelakangan aku dah malas nak update blog.
Semua ni sebab illuminati.

Nampak tak nampak tak?
HAHA

Takde lah. Semua ni sebab. Semua ni sebab
 
Twitter
So, apa kata follow aku :p
HAHA
https://twitter.com/naqib_rahim


Promote nampak

nah satu lagi link bagi nampak power
https://twitter.com/naqib_rahim
sila sila

Sunday 21 October 2012

Post tangguh tangguh

Baiklah ini merupakan edisi tertangguh sekian lama.
Sebenarnya lama dah aku nak tulis tapi setiap kali nak tulis tu jeeee tetiba rasa malas.

Kali ni pun malas gak.
So sekian terima kasih.
EH?
Kahkahkah

Baiklah seperti yang sedia maklum, aku telah masuk ke Fakulti Perubatan, UiTM Sg. Buloh.
Mesti orang tanye,
"Eh, Sg. Buloh ada UiTM keeee?"
Untuk pengetahuan Sg. Buloh ada UiTM ye tuan tuan puan puan.
Setakat ni khas untuk year 1 hingga year 3 pelajar perubatan.
Year 4 dan year 5 kat Selayang.

Sejujurnya masa hari pertama sampai, aku rasa agak sedih jugak la.
Pasal keadaan blok yang "terlampau baru"
Memang susah nak gambarkan dengan deretan huruf-huruf.
Aku pun tak ambik gambar.
Lagi pun masa lepas Pre-Med hari tu, lepas dapat result UPU aku expect dapat lah rumah kat RC1 (blok lama dari blok RC 2 iaitu blok aku sekarang).
Pasal RC1 agak lawa jugak lah bilik dia, besar dan teratur.
Tapi apa nak buat...
Walaubagaimanapun sekarang keadaan lebih baik.
Boleh lah hidup.

Pada hari Jumaat yang lepas, kitorang ada Progress Test untuk General Module 1.
Soalan agak susah, tapi bertawakkal je laaaaa.

Next post aku borak lagi panjang siap ada gambor gambor lagi.
Tungguuuu jeeeeee
*bajet*

Thursday 18 October 2012

Exam pertama !


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

ya Allah, sesungguhnya tiada perkara yang mudah melainkan kau jadikan mudah. Oleh itu, permudahkanlah kami untuk menghadapi peperiksaan progress test General Module part 1 ini. Berilah kami kejayaan yang cemerlang.

amin.
P/s: Progress Test - 19/10/2012 : Jumaat [General Module 1]
A please!
Bismillahitawakaltu'alallah

Sunday 30 September 2012

Aku menulis

Amboi lama benar aku tak update blog ni.
HAHA
Nampak sangat kemalasannya.



Okay okay,
Tujuan aku tulis ni nak ada at least dalam satu bulan adalah satu entry power.
Ye dok.


Aku ingat nak tulis pasal UiTM Sg. Buloh ke pasal kos degree yang baru aku hadapi ni ke.
Tapi, next post lah yea.
Next post aku update panjang panjang sikit lagi power siap bergambor.


Aku ingin akhiri dengan dua rangkap pantun.

Makan nasik sambil berdiri,
Teruskan tekan refresh nantikan post aku nanti.

Teeheeeee!

Wednesday 29 August 2012

cuti daaaaannnn ia berlalu




Sebenarnya cuti ni sekejap sangat, patut kasi cuti 2 tahun lah. Amende 5 bulan je. Tak feel langsung


Cuba usha lawa tak wallpaper destop aku. Wakakakakaka penat aku hias der.

Kalau dah masuk belajar, takde lah internet laju. Camne nak main Dota!


Ni profile dota 2 aku. Baru main sejak habis asasi haritu dapat beta key. Kira-kira baru 300 games da main. Yang kalah tu sebab dapat team yang kurang hebat lah. *ayat sopan* Baca: noob


Ni profile garena aku. Aku tak berapa suka sangat dota 1 ni sebab banyak MH, leaver, spoiler game dan lain lain. Baru level 31 account garena ni. Dah lama tak main sejak ada dota 2.



Yang ini lah semua aktiviti aku sepanjang cuti 5 bulan ni. 
Lepas ni dah kena belajar balik dah. Dah lama tak menulis dan berfikir dah ni. Haha
Sabtu ni dah daftar =_=
aduiiiiiiiiii





P/s: Harap-harap kat sana ada team dota jugak. HAHA

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir dan Batin

Tuesday 17 July 2012

18 Julai 1993


 







Alhamdulillah.
Nineteen. Still teen!

Friday 13 July 2012

mengenai UPU

... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216)



 
Alhamdulillah
EM00:  Doktor Perubatan UiTM 


p/s: Goodluck!

Tuesday 10 July 2012

Pra-ubat

Program ini merupakan program pendedahan awal kepada pelajar lepasan asasi sains UiTM dan bla bla bla..

Erghh amende lah aku tulis camni
Stret to the point terus senang

Masa mula-mula aku menempur program ni agak culture shock jugak, sebab  program ini mengajar kami untuk menjadi skema + nerd dan sebagai nya.
Aku ni dah la rock mana masuk mende-mende camni.
Oh yeahhhhhh!
Setiap hari kene pakai kemeja, tak boleh pakai jeans dan bla bla bla..
Tapi se-rock rock batu pun akhirnya cair jugak.
Kah kah kah ape punya peribahasa lah.


Walau ape pon, program 5 minggu ni best dan seronok jugak lah hampir semuanye,
sebab sangat enjoy lebih lebih duk luar ye dok. (Baca: Kolej Jati)

Pagi pergi kelas, tidur dalam kelas buat perkara berfaedah yang lain, kemudian petang balik.
Di kolej boleh lah bermain Counter Strike, Fifa 12 dan DOTA! (Tolong bukan tengok anime)
Nak keluar main game yang masuk kan koin pastu dapat patung angry bird pastu kene tipu, main basketball arcade, futsal, bola sepak, karok, boling, badminton, ping pong, menjimba, men9gag, menstalking dan mengutu pun boleh.


Dan akhirnya ada exam.
Contoh exam ospe, mcq dan saq.
Tak terasa tension dan stress langsung rasanya exam ni.
Lagi stress masa nak dapatkan patung kat arcade tu.
Erghh tensen pulak ingat.
Kahkahkah


kredit gambor: Syarul, Hasan, Zul


p/s: Goodluck!

Sunday 8 July 2012

Soalan

Tadi aku ada interview USM melalui phone pulak tu.
Bapak berdebor rasanya
Seperti biasa ada satu soalan yang paling sukar nak jawab

"Why you want to be a doctor?"

Masa dekat Pre-Med hari tu pun waktu kat Hospital Sg. Buloh doktor tu tanye soalan yang same
Berketor lutut nak jawab

kahkahkah


p/s: Nanti aku ingat nak buat post pasal pre-med lah. Kalau rajin. Kalau

Wednesday 4 July 2012

Goodluck!


Exam!

Bismillahi Tawakkaltu Alallah

Wish Us Luck!

Wish Me Luck!

Goodluck!

Tuesday 26 June 2012

Tenang

Saat yang tenang adalah apabila kita sedang duduk di atas sebuah kerusi yang mempunyai bentuk design yang lawa dan selesa. Dalam keadaan yang begitu sunyi tiba-tiba kedengaran seperti sebuah batu jatuh ke dalam tasik yang amat dekat dengan jiwa. Saat di mana perasaan gembira dan harmoni sedang mewarnakan diri lantas melahirkan perasaan tenang yang tak terkata. Lalu fikiran kita melayang dan dapat berfikir secara kreatif dan kreatis di saat diri sedang tenang dengan persekitaran yang begitu kondusif dan membuatkan semua jiwa cair. Itulah saat di mana sedang membuang air besar.

Monday 25 June 2012

Cerita: Impian

Pada suatu pagi yang indah, di saat sang suria baru menjelmakan diri, sang burung sibuk berkicauan di atas pohon Jati, sang rimau sibuk mencari mangsa di hutan, sang lembu sibuk meragut rumput di padang tinggal di sebuah kawasan kampung yang sentiasa sepi dan harmoni, kelihatan Said seorang pemuda belasan tahun yang masih bersekolah dan akan menduduki SPM tak lama lagi sedang bergegas menunggang basikal jenis Hodgsonnya buatan China mungkin.

Seperti rakan-rakan sebayanya yang lain, Said juga mempunyai harapan yang tinggi. Cita-citanya nak buat KLCC jadi rumahnya suatu hari nanti jikalau berjaya.

"Said, mari sini", Cikgu Johan memangil Said kehadapan kelas.
Said pun bingkas bangun dari kerusi kayu yang didudukinya lalu terus menuju kepada gurunya itu.

"Kenapa cikgu?"

"Nah", ujar cikgunya sambil memberi sehelai sampul surat kepadanya.

Dengan perasaan berdebar dan ingin tahu yang kuat, lantas Said pun membuka sampul surat yang baru diterimanya itu tadi. Kelihatan perkataan "tahniah" tertera di bahagian atas sampul surat itu.

"Ya Allah, betulkah ini cikgu? Alhamdulillah", ujar Said

"Tahniah Said"





Bersambung...

Friday 22 June 2012

Matang

Sebenarnya aku segan pulok bila baca balik post-post aku sebelum ni.

Kah kah kah.

Bapak tak matang,

Tapi sebenarnya aku ni matang orang nya!

Saturday 16 June 2012

skill

cis, tak guna. habis hilang skill dota aku.

takpe takpe, aku tajamkan balik.

jaga jaga


p/s: oh kolej jati internet, Y U NO have better internet connection. sincerely from us, hardcore gamer
p/s: terpaksa aku setiap minggu balik rumah, ni hal urgent orang panggil. nak praktis

Saturday 2 June 2012

How to spend your time well during holidays

pagi petang siang malam

DOTA!
Trust me, I am a Pro


p/s: DOTA2 boring grafik mengarut
p/s: who got 5 come pk

Monday 28 May 2012

Perjalanan yg menensenkan

Sebenarnya aku malas nak cerita, tapi terpaksa la cerita gak.
Sebagai luahan hati dan perasaan yang sangat tensen ni.

okay, cerita bermula pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 25 Mei 2012.
Waktu tu aku nak balik dari ipoh.
Di saat matahari terik menyinar tepat di atas kepala.
Aku pun pergi lah ke kaunter tiket dengan penuh macho dan bergaya as usual.
Lepas tu dengan muka yang penuh harapan aku bertanyakan kakak yang jaga kaunter tu.
"kak, tiket bas bertolak sekarang ada?" tanya aku sambil mengeluarkan henset mahal melihat jam yg menunjukkan pukul 2.20 petang.
"ada, pukul 2.30 karang."
Maka aku pun beli dengan penuh perasaan gembira dan sayu.
Setelah menanyakan platform berapa, aku pun terus menuju ke bas tersebut yang tersengam indah di atas tar jalan raya.

Ah! tensen aku cerita macam ni. Stret to the point senang.
Pastukan sampai 3.30 petang bas tu tak bertolak.
Ada ke patut?
Rupa-rupanya bas rosak. Habis tu orang jaga kaunter tu takyah la cakap bas ada nak bertolak sekarang. Ni la syarikat yang mementingkan duit dari sikap profesional. Phuii
Ni rasa nak mengamuk ni.

Lepas tu aku pun terus gi ke kaunter lain dan terus beli tiket bas lain.
Sebenarnya aku tak biarkan tiket aku burn camtu je.
Di sebab kan ketensenan yang melampau, aku pun bertukar jadi hijau dan membesar seperti Hulk.
Lepas tu aku angkat bas yang lembab tu mengunakan tangan sebelah kri lepas tu pusing-pusingkan dan aku campak ke langit.
Tak tau la bas tu dah balik ke belum. Sebenarnya aku tak guna banyak sangat tenaga haritu. Tapi tadi aku google dengar cerita NASA ada jumpa objek macam bas Transnasional kat bulan. Ah. biarkan lah.

Lepas tu aku pun bertolak balik ke rumah.
Sekian cerita tamat.

Friday 25 May 2012

HKSBP



Good Luck Team STAR

p/s: STAR power!

Sunday 20 May 2012

Aku nak update jugak!

Seperti yang kelihatan ayat di atas. Ayat yang sarat dan penuh dengan semangat waja yang harus dicontohi. HAHAHA. Ah! malas tulis panjang, aku nak tulis yang aku nak update blog ni. Peduli apa walaupun tak nampak nilai murni dan pengajaran bagi post kali ini. Tapi kalau nak tau post ini banyak pengajaran yang tersirat. Cuma perlukan pemerhatian dan penghayatan yang mendalam je. Cara nak dapatkan pengajaran itu? Sila follow blog ini. Apahal gelak? Bajet aku tipu lak



p/s: akhirnya aku ada idea update blog ni.
apaadahal?

Tuesday 8 May 2012

Wednesday 2 May 2012

Result oh result

Amboi lamo bonar aku tak tulis apa apa kat belog ni.
ok sekarang aku nak tulis.
pasal result kot
ok ni slowpoke.haha
ni sebab nanti manalah tau dah tua dah ada anak boleh la tengok balik apa yang aku buat masa muda muda dulu.
ahak

ok cukup mengarut.



see mcm last sem jugak BEL dgn CTU agak teruk :'( *sad sad*
tapi apa apa pon Alhamdulillah :)


so kepada adik adik asasi. ceh wahhh. jangan escape kelas BEL ngan CTU. Kerja kena buat assignment draft semua yea yea yea. HAHA :D

sungguh inspirasi tak?
HAHA

oh yea yang ni untuk CGPA UPU :)




Alhamdulillah.
ada persoalan boleh lah rujuk kepada pusat asasi.
mereka sedia membantu


p/s: Ucapkan Alhamdulillah :)
p/s: Dah pergi study la woi *sambung DOTA*

Thursday 12 April 2012

Cintaku tertinggal di Kota Bandung


erkk.
tajuk tak boleh nak blah lagi ke?
haha

 

sebenarnya ada banyak gambar, tapi aku rasa macam malas nak upload.
HAHA

Thursday 29 March 2012

Thursday 15 March 2012

:(

dah start demam dah. selsema pun. tadi tidur sepanjang hari. tak larat nak buat math.
mata pun nampak macam dah bengkak
esok exam math :'(


Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada hambamu ini. Jauhkanlah aku dari sebarang penyakit.

Monday 12 March 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ya Allah, sesungguhnya tiada perkara yang mudah melainkan ko jadikan mudah. oleh itu, permudahkanlah kami untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini. berilah kami kejayaan yang cemerlang.

amin.

p/s: final examination 12/3/2012 - 23/3/2012
4.00 flat please !

Thursday 8 March 2012

fighting !

biarlah markah test 2 yang kurang memberangsangkan.
biarlah carry marks yang tak capai target ketepi.

takpe lah.
final ni aku akan buat yang terbaik.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "surah Al Baqarah ayat 250
 

final examination 12/3/2012 - 23/3/2012
good luck :)
4.00 flat please !

Sunday 4 March 2012

chillax la

ok, for this post i would like to write in english because of suka hati aku la. HAHA

actually, there will be a paper for BEL 311 for this upcoming final.
so, i just want to improve a lil bit. *macam boleh je kan, kelas bel pon poteng* HAHA

so, people, what the topic i would like to disscuss for this post.
hmmm

hah, its for sure la about the final kan.

"ko rilek je"
opss termalay lak. sorry

time always moves forward without waiting for no one.
those who are still preoccupy (betulkah ayat aku ni maksudnya lalai kan? hentam je la) will be left behind.

perghhh.
macam tak caya aku buat ayat kat atas tu.
kalah william shakespears
:D

maybe for this month.
this march of 2012 will be the most hectic stress undescribe-able month for the asasians students.
so, many of them mengeluh (lupa inggeris dia apa lak).

okay lets begin from the origin. (baca: mari bermula dari awal)
what is the purpose of studying?
to get 4.00 flat in the final?
to get as many A's as possible?

chillax la der..
patut la stress, pastu tweet bukan bukan. #OpsTerasake?
when the lecturers give works or assignments that have limited time to accomplished just berfikir lah mengunakan pandangan hati ya rakan rakan. *gaya Imam Muda Hassan*

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


so, niatkan lah dalam hati bahawa Kita nak berjaya sebab kita nak Allah , bukan kita nak Allah sebab kita nak berjaya : )

So, selamat beramal ya rakan-rakan. jangan stress stress. dah berusaha pastu bertawakal lah yea.
Allah tahu yang terbaik untuk kita ;)

p/s: Pahal aku tulis dalam melayu pulak ni? alamak habis la bel aku camni -_- 

Friday 24 February 2012

test 2 oh final

Sebenarnya sejak kebelakangan ni, aku jawab quiz begitu teruk sekali
banyak gile tak paham bhai
macam mana ni
test dua minggu depan
final dua minggu depan

come on come on *mind set*
test 2 :
bio & math (1/3)
phy (5/3)
chem (6/3)

aku kena score. wajib !
ok lah nak gi mandi, baru habis main futsal ;D

goodluck to all asasians. betul ke aku eja asassins eh? -.-

haha pape la

Saturday 18 February 2012

test 2 oh final

(monolog dalaman)
amboi, pejam celik celik lagi seminggu lebih je dah nak test 2.
bapak la..
cuak seyh..

tapi aku pelik..
pahal ada je masa untuk main dota ni..
kenapa kenapa?
HAHA

relax la kan..
test 2 je pong.. -________- #amboi


lepas tu, seminggu lepas test tu..
hmmm..
12/3 kot..
dah final dah..
walaowehhh..
tapi gaya macam tahun depan je nak final


bila lah aku nak ada mood study ni ek..
asal duk nak study je "TER" bukak twitter , facebook..
pastu memang "TER" lalai la kann..

senang cerita semua ter la..
bukan sengaja pon..
kan kan..

erghhhhhhh

dah lah..

dari saat ni..
aku akan bermati-matian untuk menempuh baki sem ni..
ingat bermati-matian dan berhempas pulas..
wahhhh..

ehh, bukan dari haritu aku ada post ke pasal ni?
erghhhhhhhhh -_-


p/s: wish me luck please.
4.00 flat :)
amin


Sunday 12 February 2012

pelajar ini

pelajar yang sedang anda layari blognya ini sedang berhempas pulas untuk menghabiskan baki sem yang tinggal.


*kononnya -_-

Wednesday 8 February 2012

luahan [jangan baca]

sila jangan baca jika anda tidak mahu terkena allergic


naqib, Y U NO studying!

semenjak duamenjak tigamenjak ni..

aku sentiasa rasa stress dan tertekan..
aku rasa macam aku dah banyak gila ketinggalan..
aku rasa aku macam dah tiada mood nak belajar..

padahal final exam tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi..
walaupun aku dah deactivate facebook..
tapi still rasa malas malas dan malas..

hmmm..
bila tengok semua orang dok study aku rasa aku ketinggalan gila kot..
macam mana nih??

aku nak buka slide notes pon malas..
nak buat tutorial pon malas..

hmmm.. camne nak fokus ni..
dah la result quiz dan test satu agak kurang memberangsangkan..

sekarang aku lebih suka dok lepak dengan member tak pon pergi tidur.
tak tau asal aku sekarang suka sangat tidur..
-_-

arghhhhhhhhhhhhhhhh !!!
tak boleh jadi ni.
aku  kena buat solusi.
start dari hari ni.
aku akan sentiasa fokus.
abaikan semua perkara.
be the best!!

yeahhhh.. semangat mari lah semangat.. *nyanyi*

aku  pasti boleh ! ;D

Tuesday 7 February 2012

tujuan

mulai hari ni, aku akan mengurangkan jumlah penggunaan internet dan games.
aku tidak akan sentuh dota sampai habis asasi.
-_-

final nak dekat la wehh..
tapi aku tak ready langsung!
mood pon tak de.


so, aku mengambil langkah untuk deactived facebook dan twitter.
tapi bila pikir balik, aku risau gak sebab banyak maklumat diorang post kat facebook ngan twitter.
pasal lab report la, class la, aktiviti la.
so aku dengan tabah dan cekal, aku tetap akan deactivated facebook.

tapi twitter aku ingat biar je lah.
sebab twitter ni kurang melalaikan sangat.
cehwahh..

haha,

tapi seriously aku rasa sangat malas sangat.
nak duduk kat meja tu pon malas.
apetah lagi nak buka buku.

macam mane nihh???


p/s: minta maaf kpd semua and wish me luck plz :)

Monday 6 February 2012

hektik = penat

lub dub.. lub dub.. lub dub..

walaowehhh..
lagi beberapa minggu nak final exam dah..

walaowehh..
lagi beberapa minggu nak habis asasi dah..

walaowehh!!
pahal aku relax semacam ni -_-
erghhh..


minggu ni sangat la penat..
sepatutnya aku balik..
tapi sebab ada trip kelab pergi TAMAN NEGARA..
so follow je lah..

perjalanan trip ni agak best la..
tapi to be honest sebenarnya trip ni agak kurang seronok
mungkin sebab hanya kenal 3-4 orang je..
dan terlalu ramai perempuan..
sebab tu semua dok cover cover..
-_-
kalau lah pergi dengan budak rumah atau sekolah..
wahh..
tentu beronok-ronok..


seterusnya,
dengar cerita study week 3 - 11 March. final exam 12 March - 1 April.
walaowehh..


dah berdebar dah ni..
okay lah, nak pi basuh baju..
nak bersihkan diri..
pastu nak try spam main gitar..
kehkehkeh..


p/s: aku tertanya tanya perbezaan confidence dan capab.
*capab=cari publisiti.

kbye,

Thursday 26 January 2012

Test 1

wah  dah lama tak update.
aku pasti, pasti ramai yang dok tekan refresh banyak kali untuk menantikan post terbaru aku.haha ;D


okay, kembali pada tajuk.
sebenarnya test 1 baru je berlalu.
wahh, tawakkal je lah.


tujuan aku mengarang ni ialah untuk buat post yang memberi semangat.
Amboi..

semangat lah sangat kan.
haha..

tahu tak? kalau kita masa sem 1 result teruk macam mana pon..
kita still boleh dapat A untuk overall.
percaya tak?

nak aku buktikan..
cuba bayangkan..
result sem 1 kita bagi subjek fizik contohnya..
kalau dapat paling minimum lah kan..
dapat C iaitu 51 markah...
dan jumlah untuk dapat A ialah 76..
so sem 2 kita cuba dapatkan full mark 100..
so total kan..
dapat lah 151 bahagi 2 = 75.5
75.5 ni dah dapat A kalau bundarkan.
mudah kan? so takyah la study..
EH, bukan.. so sila fokus study gila gila..
hang boleh bukan tak boleh..

cuma hang perlu


wahh, aku rasa aku ade bakat nak jadi pakar motivasi ni.
sure kalah Dato' Fadzilah Kamsah.
walao.


dah la.. sampai sini je lah..
aku ingat next post aku nak buat post pasal percintaan lah pulak.
euwww.. haha..
amacam romantik tak?
haha
nantikan yea.
teruskan tekan refresh utk menjadi pembaca pertama. kah kah
perasan ;D