Sunday 27 November 2011

stay

seperti biasa.
aku seorang yang consistance.
demn betul ke aku eja consistance ni -,-'
tak pe la guna melayu suda. KONSISTEN

ya, aku seorang yang konsisten.
aku consistance untuk berazam untuk belajar.
aku consistance hanya untuk berazam dan terus berazam.
tapi, pengakhirannya. harapan.
*ayat macam budak sastera tak?*

jadi apa yang patut dilakukan?
*bapak cliche gile ayat*. ahak

hal ini sama seperti team team lauk yang tetiba mendapat orgasm bila team lain dapat menyekat kehebatan man utd. apekes?
*macam takde kene mengena je*

sekarang jam menunjukkan pukul 5.39 pagi. ulang suara: pagi. ayam pun belum bangun lagi. dan kelawar baru nak pergi tidur.
hal ini demikian kerana, erghhhhhh. malas cakap. dan alang-alang tu nak tunggu subuh. for sure kalau tidur nanti termiss.

malas nak tulis panjang.

salam maal hijrah.
disiplin merupakan satu perkara yang amat penting.


p/s: pejadah aku tulis bende ni -,-
p/ss: solusi? delete dota, pes movies. deactivate facebook,bbm.
mungkin !

Friday 25 November 2011

tutorial

tahukah anda, menyiapkan tutorial merupakan masalah yang paling besar bagi semua orang. eh silap, masalah paling besar untuk aku seorang. orang lain pandai pandai, hebat hebat dan bijak bijak. aku jer la yang menghadapi masalah ini.

ciss

okayy,
masa dapat tutorial aku berazam untuk siapkan. kononnya azam baru la kan.
ahakk

lepas tu, malam pun menjelma. masa tengah nak bukak kertas tutorial, tetiba hati ini terdetik untuk check info yang penting di facebook. kononnya la.

setelah seberapa lama, baru la sedar sudah satu jam masa berlalu. kemudian mulai rasa menyesal dan terus tekan pangkah pada internet dan terus shut down komputer.

kemudian, dibuka pulak kertas tutorial yang baru dapat pagi tadi.
maka dibaca la soalannya. setelah itu dahi pun berkerut.
setelah termenung melihat soalan selama 10 minit.
dibuka pulak buku rujukan untuk lihat bagaimana cara untuk menjawab.
lepas itu, rasa tensen dan stress kerana tiada apa apa yang boleh dirujuki.
kemudian bangun dari kerusi dan pergi jalan jalan untuk tenang kan pikiran.
lepas itu kembali duduk dihadapan kertas tutorial itu semula.
kemudian berfikir bahawa untuk bukak komputer dan facebook mana tau boleh tanya orang yang online.
lepas bukak facebook, tup tup. mulai la lupa ada kerja tutorial.
lepastu rasa penat kerana beranggapan dah lama study.
lepas tu mula buka game.
bermain la dota dan pes.
lepas tu rasa sudah ada mood untuk sambung study balik
bukak balik kertas tutorial.
soalan nombor. 1
-,-'
maka malam pun berlalu.
ahak



p/s: berdasarkan 50% kisah benar penulis.
penulis bukan pemilik blog ini.
sekian

Wednesday 23 November 2011

ringkas tapi padat

sem ni pasti akan jadi yang terbaik .

pasti .



p/s: tetiba dirasuk semangat pulak

Tuesday 15 November 2011

wordless tuesday

tahukah anda, wahai insan bergelar pelajar !


so, expect the unexpected .

p/s: betul ke grammar aku ni?
p/ss: erghh cuak pulak muet ni -,-'

Tuesday 8 November 2011

semester dua punyo cerito

sebonarnya den ingat nak update dalam bahaso omputih.
sebab bel kan den dopat b.
tapi sobab den sayangkan bahaso melayu.
nanti nanti jela la den tulis dalam bahaso omputih tu.
haha, #alasan

okayy,

sila rujuk gambar di bawah.
klik untuk lebih jelas.


biology


chemistry





physics


ni pon den dopat kat google lopas den punye la ponat cari
maaf la yea kalau tak botol.
kredit to google sobab bawakan den bonda ini untuk di copypaste tonpa pengetahuan tuannya.
haha, sebenarnyo ado name tuannyo kat kertas tu.
boleh nampok kan?


den pon ado jo slide show untuk semester 2 nonti.
den dapat kat senior tahun lopas.
so, sopa2 yang nok,
boleh la pm den yo.
boleh la korang study rajin rajin untok dopatkan bonda nombor 4 yang  korang nak songat songat tu yo.


ni pulok den nak tunjok kan cara kira cgpa.
tau tak cgpa tu apo?
kalau tak tau, porgi torjon bangunan tu hah.
Berkenaan CGPA, UiTM hanya menghantar markah average subjek untuk Sem1&Sem2 dan hanya 3 subjek dipilih termasuk math.

Cth: Kimia (Sem1+Sem2) /2 = (72+80)/2
= 76 (bersamaan A = 4.00)

Kira tiga subjek termasuk math, kemudian darab (bahagi???) dengan weightage setiap subjek akan dapat CGPA.

Result ini yang akan UiTM hantar ke UPU, bukan result setiap semester.
hahh, ni den dopat kat facebook tu hah.
kredit la kepoda mark zuckenberger sobab buat bonda ni.
ado jugak faedah dio ni hah.


okay, la den pon da ponat.
goodluck la yo kat suma pelajar asasi
somoga korang berjaya di semestor keduo ni hah.

nak tiru ayat blog ni jap la yo, 
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

hehe.
p/s: aku bukan orang nogori. maaf kalau salah.

Monday 7 November 2011

gambang-kuantan

percutian rumah A2307, UiTM Puncak Alam.

perghhhh


tak boleh blah, haha. masa 1 hingga 3 haribulan november 2011. kitorang pergi lah ke gampang, eh silap gambang dan kuantan. saja nak jalan jalan. seterusnya tengok la gambar yeaaaa .
 berbaque *eja betul betul*
 ehem*
 booleh jadi menantu ni ;D
 makan malam :) hari pertama. all self-cook
 sarapan pagi, hari kedua
 bukit GAMBANG
 owww emmm jayyy
 what a day :D
 its tsunami. :D
 kami tak dibayar untuk promote bukit gambang ni. cisss -,-'
balik ke tempat penginapan :)


sebenarnya ada banyakkkkkkkkkkk lagi gambar. tapi malas nak upload.

lepas tu kami pergi ke kuantan .


the end.

Friday 4 November 2011

result sem 1

pagi tadi, lepas solat online facebook. memang plan nak tunggu sampai pukul 9. tiba tiba Abas tanya aku dapat berapa. rupanya boleh check kat email.
punyalah berdebar nak bukak email.

*
*




mula mula tengok agak kecewa la.sebab subjek BEL ngan CTU dpt B-.
adui..
tapi alhamdulillah :)

“Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)


p/s: dengar cite upu die amik 3 subjek core sciences termasuk math? betul ke?

nanti


wah, dah lama kot tak update. ok lah, nanti aku cerita apa yang aku buat seminggu yang lepas.

p/s: pasal result pon nanti la.