Sunday 31 July 2011

رمضان مبارك

selamat berpuasa :)

kisah kedai makan wtfbbq

tadi, aku pergi jungle trekking kat broga hill.

pastu masa nak balik tu dah malam la kan.

so, kami pun berhentila kat kedai makan di kajang kot.(aku mana la nak tau tempat)

sampai sampai kat kedai tu.(tak perlu rasanya kasi tau nama kedai)

aku order la nasi goreng pataya dan teh o ais.

ceritanya begini.

dah la buat nasi lambat.*ni aku boleh sabar lagi la*

pastu nasi gile sikit.aduiiiii. dah la tak de daging langsung macam dia balut nasi putih kosong gune telur pastu letak sos.demn

pastu aku pun dengan penuh rasa boleh bersabar lagi pergilah bayar.

masa nak bayar tu.

tet tet tet tet tet.(bunyi pakcik tu tekan dia punya mesin duit)

harga rm6.50

wtfffffff

nasi goreng pataya yg sikit dan takde isi= rm5.00
air teh o ais= rm1.50

wahhh. sangat berbaloi. puiii..

penat aku perli cara baik.
"murah-murah dan sedap-sedap kot makanan kat sini kan weh"aku berkata kepada kawanku semasa nak keluarkan duit.


cisssssssss.jangan harap aku nak datang lagi.
kbye.

Friday 29 July 2011

ya Allah,

Ya tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Pengampun.

Tuesday 26 July 2011

cerita sedih, tolong baca plzzzzzz

aku sebuah buku. aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di petaling jaya. di dalam badan aku tercetak pelbagai formula. isi kandung aku juga sangat tebal. hampir 1200 muka surat. aku sangat bersyukur walaupun dilahirkan gemuk begini.
mahu dipendekan cerita, pada suatu hari. aku dihantar ke uitm puncak alam untuk dijual kepada pelajar di sana. kalau tak salah, harga aku ialah rm78. yea rm78. murahkah? di sana aku berjumpa dengan banyak kawan-kawan aku. ada yang berasal dari spesies math, bio dan chem. aku bersyukur juga walaupun dilahirkan dalam spesies physics. tetapi aku lebih besar daripada mereka semua. kiranya aku ni seperti abanglong mereka la.
hendak dijadikan cerita, aku dibeli oleh seorang budak. budak tu nampak macam malas+berserabut+blablabla. aku amat takut sekiranya budak itu tak mengunakan aku sebaiknya. melihat kepada perwatakan budak itu, dia nampak seperti pemalas dan pemalas dan pemalas. aku merasakan yang dunia aku akan gelap kerana budak itu semestinya tidak akan mengunakan aku. malah akan mengunakan aku hanya sebagai alat pukul serangga sahaja. itu anggapan aku sahaja.
walaubagaimanapun. aku tersalah estimate, budak itu walaupun memang pemalas. dia telah membalut aku dengan lawa sekali. dia tidak seperti budak rajin yang lain yang telah mengoyakkan kawan-kawan ku dan mengunakan dengan baik.
sepanjang aku tinggal dengan budak ni, walau jarang sekali dia melihat aku. apetah lagi menconteng aku untuk buat latihan.jauh sekali menyiapkan tutorial. aku berasa sungguh bosan. dia tidak melayan aku sama seperti dia melayan benda hitam yang bersambung wayar jenama acer. aku tak tau binatang apa tu. malas nak amik tau. dah la sombong. takpe malas aku nak cerita sini.
pada tanggal 25/7/2011, merupakan detik yang amat bermakna dalam kehidupan aku. aku telah hilang dari budak itu iaitu tuan aku. aku telah tertinggal di lab chem semasa budak itu buat lab chem.
aku merasa amat sedih, aku rasa seperti budak itu memang tak sayang kepada aku.
sekarang aku telah keseorangan.

apabila memikirkan waktu bersama tuanku dahulu, aku merasa sangat rindu. aku tau mesti tuan aku juga merindui aku. aku harap sangkaan aku betul.


kepada sesiapa yang terjumpa buku fizik pearson aku yang berwarna oren sila pulangkan kepada aku.pleaseeeeeeeee :(

ganjaran disediakan.(terpaksa)

berfikir fikiran terfikir memikirkan difikir

semenjak duamenjak tigamenjak empatmenjak limamenjak ni.
aku sering terpikir.
kalau sekolah ada sekolah satu jantina.
universiti pon mestilah ada kan?
so, kat mana la ek?



di sini aku nyatakan beberapa kebaikan universiti satu jantina :D


kebaikan: dapat lebih fokus, dapat mengelakan maksiat, dapat menjadi dan mewujudkan dayasaing yang lebih sihat.


kalau tiada lagi universiti satu jantina, aku harap.
orang teratas di kementerian pengajian tinggi tetiba terbuka la blog ni dan terbaca post ini. serta terbuka hati untuk menyatakan usul di parlimen agar pemimpin masa depan akan lebih berkepimpinan.*dah tak tau nak tulis apa dah* haha

p/s:kajian menunjukkan sekolah satu jantina lebih perform daripada sekolah campur.*betulkah kajian ni* haha
tak caya? cuba google :)

pagi pagi

jam menunjukan pukul 3.45 pagi.
ulang suara. pagi.
yea. dan esok kelas start seperti biasa pukul 8.30 pagi.


dan sekarang aku dah tak tau nak tulis apa lagi.
pasni dah nak pi tido da ni.


bla bla bla


apa jadah nya tulis macam ni -,-'
baik hang pi tidoq je.

Sunday 24 July 2011

ya ramadhan


semoga ramadhan ni penuh bermakna :)

esok hari ahad

eh, tak perasan esok dah hari ahad.

aduiiiiiii.

cepat gile masa berlalu.

rasa macam baru semalam je sampai rumah.

malas la nak balik puncak alam -,-'

dah lah homework tak siap lagi.

lab report bio and  ctu tak usik pon lagi.

hmmm. kbye

Saturday 23 July 2011

masalah

setiap kali aku nak study je pasti akan mengantuk.

tapi apehal aku kalau duduk kat depan komputer ni berjam-jam tak de pulak ngantuk?

lebih-lebih kalau main dota.

haishh..

dah pukul 3, ingat dapat la study sikit.

tapi, hampeh

sikit pon tak usik. -,-'

masalah-masalah

Wednesday 20 July 2011

kisah PUNCAK ALAM

bangun pagi, gosok gigi....

cer dengar lagu ni dulu :)

haha, okay.
ini ialah jadual group F4 :) my group

dan ini ialah gambar bilikku :D (A2307/C5)

kemas kot. korang ade?
nilah bilik paling kemas yang ade  kat puncak alam tu.
bilik lain semua berserabut+bersepah.
lebih-lebih raflesia ;D

tak caye ke?
usha ni
ade korang nampak sampah. bukan sampah je, habuk pon takde. :)
terima kasih terima kasih. puji la lagi :)

haha, yang tu gambar bila tu? sebelum exam ke?
haha.
sekarang bapak bersepah.
malas nak cakap.
ni barulah orang panggil genius :)

korang ade bende ni? bende ni ade 3 biji kat bilik aku.
melekat je kat dinding.


ini view dari bilik aku. memang tak lawa =..='
ini waktu malam.

ini tandas dan bilik air.

dan ini pulak.
peffetttt :D

hahahahahhahahahahhahahahhaha

dan ini pulak ialah dugaan aku :'(

demn.

sebenarnye banyak lagi gambar nak upload.tapi macam lambat + malas.
ok lah.

lepas ni aku akan kurang kan menulis di sini.
sebab. kan nak jadi best student :)
so, kene fokus la.hha

:-sambung buat quiz bio. =..='

kisah 18 JULAI

18 julai 1993

detik dimana kedengaran teriakan seorang bayi di sebuah hospital yang terletak di ibu kota.

tempat yang menjadi saksi kepada kelahiran seorang bayi lelaki yang sangat comel.

bayi lelaki itu diberi nama muhammad naqib :)

teettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt~

haha.

okayy, semalam. eh semalam punya semalam

merupakan ulang tahun hari kelahiran gua..

*tetiba rasa sedih lak*

dah lapanbelastahun dah aku :D

wahhhhhhhhh.dah besar rupanya.

mesti makin hensem kan?



wehh..

sape hacked blog aku ni.

aku tak tulis pun post kat atas tu.

tak yah lah nak heboh. semua orang da tahu kot.

teettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt~

okay,terima kasih banyak-banyak kepada familiku di atas kek, wayang yang tak jadi, alamanda, makan-makan, genting highland.

terima kasih kepada yang wish di facebook =..='


so, impian masa umur dah 18 ni.
dan bukan under-18 lagi :)

-aku nak jadi best student pelajar asasi sains kat puncak alam. boleh kan?


haha.

Monday 18 July 2011

memang hebat. hahahaha

perghh hebat-hebat..

ada blogger hebat komen dekat post aku :)

hebat hebat.

nak bukti?

korang ade?

haha.(ini post riak sekali sekala)


mungkin lepas ni, fatin liyana,hanis zalikha,maria elena, yuyu zulaikha and ramai lagi bloggers hebat akan komen post aku :D

hebat hebat :)


p/s:hari ni hari ape ek? =..='

eighteen

yesss, im eighteen, and still teen :)

Saturday 16 July 2011

kisah orientasi

minggu destini siswa, uitm puncak alam'11


Thursday 14 July 2011

result ohh result :(

tadi aku dah dapat result untuk chemistry..
hmmm :(

sangat teruk..
malas cerita sini..
result biology pon teruk..

kalau dah dapat result physics ngan math..
sure-sure lagi teruk..

aduiiiiiii.....
:(

so, sekarang no mood.

kbye~



p/s:esok balik.

Monday 11 July 2011

Wednesday 6 July 2011

epic fail

cissssssssssssss, awat susah sangat nak stop online niii..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh =..="

Sunday 3 July 2011

a week away save the world !

yess*should i say yess?*-,-' . ignore the title above . kinda mengaruttt =..='

this week . i mean at the end of this week

there will be an inevitable thing that i need to face

it will be a new challenge . it is test 1 which will bring along 10% for the carry mark to the final

quite scareeeeee and nervousssss . =..='

fuhhhhhhh..

so, with full determination and hope in my heart.

i want to go offline for a week.

start from tomorrow*hahha :D*

which mean i will neither online facebook nor blogging.*boleh ke?*-,-'

so, wishmeluckplease!!

true?