Saturday, 31 December 2011

selamat tahun baru

*pom pom pom*
bunyi mercun


selamat tahun baru 2012.

okay, apa azam tahun ni?
eh, pehal aku buat ayat tanya ni.
erghhh
*forever alone*

Wednesday, 21 December 2011

wordless wednesday


p/s: dah lama tak update blog ;)

Sunday, 27 November 2011

stay

seperti biasa.
aku seorang yang consistance.
demn betul ke aku eja consistance ni -,-'
tak pe la guna melayu suda. KONSISTEN

ya, aku seorang yang konsisten.
aku consistance untuk berazam untuk belajar.
aku consistance hanya untuk berazam dan terus berazam.
tapi, pengakhirannya. harapan.
*ayat macam budak sastera tak?*

jadi apa yang patut dilakukan?
*bapak cliche gile ayat*. ahak

hal ini sama seperti team team lauk yang tetiba mendapat orgasm bila team lain dapat menyekat kehebatan man utd. apekes?
*macam takde kene mengena je*

sekarang jam menunjukkan pukul 5.39 pagi. ulang suara: pagi. ayam pun belum bangun lagi. dan kelawar baru nak pergi tidur.
hal ini demikian kerana, erghhhhhh. malas cakap. dan alang-alang tu nak tunggu subuh. for sure kalau tidur nanti termiss.

malas nak tulis panjang.

salam maal hijrah.
disiplin merupakan satu perkara yang amat penting.


p/s: pejadah aku tulis bende ni -,-
p/ss: solusi? delete dota, pes movies. deactivate facebook,bbm.
mungkin !

Friday, 25 November 2011

tutorial

tahukah anda, menyiapkan tutorial merupakan masalah yang paling besar bagi semua orang. eh silap, masalah paling besar untuk aku seorang. orang lain pandai pandai, hebat hebat dan bijak bijak. aku jer la yang menghadapi masalah ini.

ciss

okayy,
masa dapat tutorial aku berazam untuk siapkan. kononnya azam baru la kan.
ahakk

lepas tu, malam pun menjelma. masa tengah nak bukak kertas tutorial, tetiba hati ini terdetik untuk check info yang penting di facebook. kononnya la.

setelah seberapa lama, baru la sedar sudah satu jam masa berlalu. kemudian mulai rasa menyesal dan terus tekan pangkah pada internet dan terus shut down komputer.

kemudian, dibuka pulak kertas tutorial yang baru dapat pagi tadi.
maka dibaca la soalannya. setelah itu dahi pun berkerut.
setelah termenung melihat soalan selama 10 minit.
dibuka pulak buku rujukan untuk lihat bagaimana cara untuk menjawab.
lepas itu, rasa tensen dan stress kerana tiada apa apa yang boleh dirujuki.
kemudian bangun dari kerusi dan pergi jalan jalan untuk tenang kan pikiran.
lepas itu kembali duduk dihadapan kertas tutorial itu semula.
kemudian berfikir bahawa untuk bukak komputer dan facebook mana tau boleh tanya orang yang online.
lepas bukak facebook, tup tup. mulai la lupa ada kerja tutorial.
lepastu rasa penat kerana beranggapan dah lama study.
lepas tu mula buka game.
bermain la dota dan pes.
lepas tu rasa sudah ada mood untuk sambung study balik
bukak balik kertas tutorial.
soalan nombor. 1
-,-'
maka malam pun berlalu.
ahak



p/s: berdasarkan 50% kisah benar penulis.
penulis bukan pemilik blog ini.
sekian

Wednesday, 23 November 2011

ringkas tapi padat

sem ni pasti akan jadi yang terbaik .

pasti .



p/s: tetiba dirasuk semangat pulak

Tuesday, 15 November 2011

wordless tuesday

tahukah anda, wahai insan bergelar pelajar !


so, expect the unexpected .

p/s: betul ke grammar aku ni?
p/ss: erghh cuak pulak muet ni -,-'

Tuesday, 8 November 2011

semester dua punyo cerito

sebonarnya den ingat nak update dalam bahaso omputih.
sebab bel kan den dopat b.
tapi sobab den sayangkan bahaso melayu.
nanti nanti jela la den tulis dalam bahaso omputih tu.
haha, #alasan

okayy,

sila rujuk gambar di bawah.
klik untuk lebih jelas.


biology


chemistry





physics


ni pon den dopat kat google lopas den punye la ponat cari
maaf la yea kalau tak botol.
kredit to google sobab bawakan den bonda ini untuk di copypaste tonpa pengetahuan tuannya.
haha, sebenarnyo ado name tuannyo kat kertas tu.
boleh nampok kan?


den pon ado jo slide show untuk semester 2 nonti.
den dapat kat senior tahun lopas.
so, sopa2 yang nok,
boleh la pm den yo.
boleh la korang study rajin rajin untok dopatkan bonda nombor 4 yang  korang nak songat songat tu yo.


ni pulok den nak tunjok kan cara kira cgpa.
tau tak cgpa tu apo?
kalau tak tau, porgi torjon bangunan tu hah.
Berkenaan CGPA, UiTM hanya menghantar markah average subjek untuk Sem1&Sem2 dan hanya 3 subjek dipilih termasuk math.

Cth: Kimia (Sem1+Sem2) /2 = (72+80)/2
= 76 (bersamaan A = 4.00)

Kira tiga subjek termasuk math, kemudian darab (bahagi???) dengan weightage setiap subjek akan dapat CGPA.

Result ini yang akan UiTM hantar ke UPU, bukan result setiap semester.
hahh, ni den dopat kat facebook tu hah.
kredit la kepoda mark zuckenberger sobab buat bonda ni.
ado jugak faedah dio ni hah.


okay, la den pon da ponat.
goodluck la yo kat suma pelajar asasi
somoga korang berjaya di semestor keduo ni hah.

nak tiru ayat blog ni jap la yo, 
Terima kasih atas sokongan pembaca semua. Jika anda rasa blog ini berfaedah bagi rakan-rakan anda yang lain, jemputlah mereka baca sekali.

hehe.
p/s: aku bukan orang nogori. maaf kalau salah.

Monday, 7 November 2011

gambang-kuantan

percutian rumah A2307, UiTM Puncak Alam.

perghhhh


tak boleh blah, haha. masa 1 hingga 3 haribulan november 2011. kitorang pergi lah ke gampang, eh silap gambang dan kuantan. saja nak jalan jalan. seterusnya tengok la gambar yeaaaa .
 berbaque *eja betul betul*
 ehem*
 booleh jadi menantu ni ;D
 makan malam :) hari pertama. all self-cook
 sarapan pagi, hari kedua
 bukit GAMBANG
 owww emmm jayyy
 what a day :D
 its tsunami. :D
 kami tak dibayar untuk promote bukit gambang ni. cisss -,-'
balik ke tempat penginapan :)


sebenarnya ada banyakkkkkkkkkkk lagi gambar. tapi malas nak upload.

lepas tu kami pergi ke kuantan .


the end.

Friday, 4 November 2011

result sem 1

pagi tadi, lepas solat online facebook. memang plan nak tunggu sampai pukul 9. tiba tiba Abas tanya aku dapat berapa. rupanya boleh check kat email.
punyalah berdebar nak bukak email.

*
*




mula mula tengok agak kecewa la.sebab subjek BEL ngan CTU dpt B-.
adui..
tapi alhamdulillah :)

“Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)


p/s: dengar cite upu die amik 3 subjek core sciences termasuk math? betul ke?

nanti


wah, dah lama kot tak update. ok lah, nanti aku cerita apa yang aku buat seminggu yang lepas.

p/s: pasal result pon nanti la.

Sunday, 23 October 2011

bukan jiwang


p/s: yg ni kira wordless ke?

Friday, 21 October 2011

cuuuaaaakkkkkkkkk


bismillahi tawakkaltu alallah

p/s:mohon debar!

Wednesday, 19 October 2011

awkward moment

tadi aku bangun awal,
dengan penuh semangat untuk mengambil test listening, reading n writting muet.
maka aku pergilah ke tempat test dengan penuh bersemangat waja ! (sambil nyanyi lagu inilah barisan kita)



rupa rupa nya.

cissssss
salah tarikh, rupanya 19 NOVEMBER 2011 bkn oktober.
buat malu + penat jek.


 tapi yang peliknya aku dah buat sticky note ponnnn tak perasan lagi.

=..='

tapi nasib baik ada seorang lagi kawan satu lecture aku,
dia pon salah tarikh.
so takde la malu sangat
kiranya bahagi dua la malu tu.
tapi still malu.
damn !


so, kesimpulannya, tengok lah tarikh tu betul betul.
urghhh !

Tuesday, 18 October 2011

Saturday, 15 October 2011

preview match man utd vs liverpool

kata kata untuk arsenal,
"jangan bersedih wahai arsenal, liverpool bakal bersama anda"
HAHA

ramalan: man utd 3-0 liverpool

Tuesday, 11 October 2011

harry potter edisi terhad !

disebabkan aku tak tengok lagi harry potter and deathly hallows part 2.
yang sangat sangat buat aku curious ni.
jadi aku akan mereka plot untuk cerita itu.

yang pertama sekali ini ialah dalam bahasa melayu. malas nak gune ggogle translate mcm dulu.*eh kantoi lak*.
so, tak dapat buat bahasa english.*bahasa korea memang tak la*


cerita bermula selepas voldemort berjaya mendapat elder wand.

pada pagi yang indah nian, dimana burung hantu mahupun vampire twilight seperti edward cullen sedang enak berburu.*eh salah cerita*. di saat semua mata masih tertutup rapat menghayati mimpi masing masing
tiga sahabat karib ini berusaha untuk mencari hocrux untuk dimusnahkan.
mereka ialah harry potter, hermoione dan ron. tiba-tiba voldemort berjaya menjumpai mereka.
pagi yang indah kini sudah gelap. awan biru bertukar hitam. burung gagak berterbangan memeritkan suasana pagi itu. maka berlakulah dialog antara mereka.

harry potter: woi hang duk kacau aku ni wat po. pogi la
hermoione: entah, sibuk je. ni meme nak keno ni. tombok kang
voldemort: HAHAHA*gelak sopan sikit* aku datang ni sebab sebab sebab sebab. (alamak takde idea dah nak mengarut) HAHA


maka cerita ini pun bersambung. iklan ~

preparation for MUET



what is MUET stand for?
hmmmm, HAHA tak da idea nak reka nama. LOL

okay okay,
today, i have prepared almost everything for the MUET test tomorrow.
adess

okay, from early in the morning till late night today i have studied and revised MUET subject.
yeahh, it is watching moviesss. (got many "s" there)

i watched Harry Potter from the first episode until the second last. it is from the soccerer's stone until deathly hallows part 1.

unfortunately, i dont have the part 2.
i feel so excited and nervous want to know what happen next.
arghhh, cant wait any longer, i need to download it now.
but i dont know where to download.
=..='

 tomorrow speaking test will be at 11.00 a.m.
good luck to all candidates ;)

p/s: kan best kalau aku cakap loghat macam harry potter esok.

Sunday, 9 October 2011

Friday, 7 October 2011

once a starian, always a starian

12 JANUARI 2006 - NOW


HAHA, tahukah anda, makanan paling sedap kat dining ape?
hahaha. sudah semestinyalah tidak ikan keramat. adess.
kalau hari tu makan ikan keramat, kompem nasi kat tray tu tak habis. tetapi kucing-kucing semua akan kekenyang. mungkin rezeki mereka. HAHA

but, i missed the memory :'(

here are some videos . please enjoy :)

video
rouse up by fivers'10 (masa ni tengah sedih)
Rouse up rouse up young Starians all,
Through out the land our voice resound,
It's Tuanku Abdul Rahman's call,
To win for him our youth our town,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side,

To this glorious school we give,
Our pledge of loyalty and love,
Oh teachers always in our heart,
Behold the golden age of STAR,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side
video

video
erti persahabatan :)


p/s: goodluck STARIAN 060. thanks you teachers :)
*maaf video bukan HD mahupun 3D*
kredit to amir ashraf for the vids :)

how to get band 6 in MUET


a very good morning to all my beloved and lovely readers
i know some of you will be sitting for MUET examination.
but please dont feel scared and nervous
because i am here will give you some of the tips and tricks what to do to get band 6

okay, my name is Profesor Dato' Haji Muhammad naqib. i am a great profesor of University of Oxford, Kelantan.
the purpose i write this kind of article is to give some of you who will sit for this examination a view or scene about the real examination.

okay without wasting any more time,
the first tips i would like to share here is you must talk in english.
for sure it is english test, not malay test nor alien language test.
so just forget your typical acting korea budget words that come in your mind and just speak out loud english words
easy right?
i know all can do it well.

ok my second tips is, you must act like an englishman or englishwoman.
do you understand what i mean?
it is easy, you just wear shirts or anything that show you as an englishman.
so, it will give you unpredictable extra marks.

the third tips is, you must go to the side of this blog.
and then you press the follow button. easy right?
that pactice will give you marks on how to find follow button.
because it is in english.

oh, the time is not enough, and i need to stop writing here.
i wish all of you will get band 6 in your MUET


yours sincerely,
naqib



p/s: jangan ambik serius ;D 

Wednesday, 5 October 2011

semester satu


hari ni hari nak buat post bermadah dan berpuitis.
sila jangan muntah.

setiap permulaan, pasti akan ada penamat.
dan setiap penamat, mesti dimulakan dengan pemulaan.

masa bergerak, dan terus bergerak.
saat berganti saat.
minit berganti minit,
jam berganti jam,
hari berganti hari,
minggu berganti minggu,
bulan berganti bulan,
tahun berganti tahun,
dan begitulah putarannya
terus meninggalkan mereka yang lalai dan alpa dengan nikmat sementara.
mungkin mereka seronok, mungkin juga duaronok atau tigaronok.
tapi anda boleh memikirkan ayat seterusnya kerana aku dah takda ayat nak tulis dah

alamak dah nak termuntah dah ni,
puihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
HAHA

baiklah, back to the main objective.
before that please allow me to use english language as i need to sit for MUET examination this tuesday.
damn.

as i wrote above,
the topic that stated above.
it is the end of my first semester study for foundation in science at UiTM, Puncak Alam.
i hope all is going well.

this semester was a challenging semester as it is a new environment for me,
it is a university life.
it is about culture shock.
it is about the class with full of girls which i had never experienced before in my beloved  secondary school. thats why i tak biasa and sometimes just ignore them because it is "culture shock" and only be friend with the male friends.*HAHA nak bajet hot jap ;p
it is about being independent to live the life of being a university student, i mean an excellence university student.
and
it is about getting best result for this semester for sure the best result is 4.00 flat.

the peak of this semester one is the FINAL EXAMINATION of course.
it sounds quite scary and stressfull right.HAHA.

so, how was the examination?
the answer is tawakkal and just wait the result come out.

the life in Puncak Alam, is so different from my life in Ipoh.
i am so missing my school.
once a starian, always a starian :)

however life must be go on.
Alhamdulillah i have a great friends here.
thanks to all the members of rumah A2307.
we live as a happy family which consist of a daddy (fahim) a mummy (sarji) an older brother (imran) an older sister (iqram) two younger brother (zahid and adle) and a younger sister (syamil)
*LAUGH OUT LOUD*
just joking. but we live happily in that way.
thanks also to my classmates for being my classmates *ada pilihan taknak jadi ke? HAHA
thanks to group F4, may all will get 4.00 flat. amin

okay, next as mention above, i need to sit for muet examination
i need to get at least band 4. wish me luck please :)




*tiba tiba aku tersedar* cisssss apa jadah aku tulis panjang panjang camni. buang masa cuti aku je.bukan ade orang baca ponnn =,='

Saturday, 1 October 2011

fizik

akhirnya tinggal fizik je yang last.
yahoo.
eh silap, alamakk.
macam mana niiiiiii ?
fizik dah la susah kot.

haha,

okay, so macam mana dengan paper-paper sebelum ni ?
jawapan: "bertawakkal"


okay, go fizik pulak.
another subjects will get pawned.

im owning :)
4.00 flat plz !

Wednesday, 28 September 2011

two papers left

yeahh, finally it only left two last papers.
they are CHEMISTRY and PHYSICS !!!

after that?

holiday laaaaaaaaa ;)

Sunday, 25 September 2011

:(

demam selesema, pening, sakit kepala, sakit gigi dan minggu exam !

Wednesday, 21 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim

ya Allah, sesungguhnya tiada perkara yang mudah melainkan ko jadikan mudah. oleh itu, permudahkanlah kami untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ini. berilah kami kejayaan yang cemerlang.

amin.

p/s: final examination 21/9/2011-3/10/2011
4.00 flat please !

Friday, 16 September 2011

study week

final examination 21/9/11 - 3/10/11
good luck :)
4.00 flat please !

Thursday, 15 September 2011

La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
surah Al-Baqarah ayat 286

Wednesday, 14 September 2011

depressed

carry marks mathematics really pawned me off
:'(



however 
beat your problems today, and move forward 


i can do it !



final examination will be on next week !

Wordless Wednesday: raya celebration




kawan :)

Sunday, 11 September 2011

Thursday, 8 September 2011

tahukah anda?

tahukah anda, minggu depan saya ada test 2 untuk subjek biology,chemistry dan physics.
tahukah anda, dua minggu depan saya akan hadapi final examination.
tahukah anda, bulan depan dah nak habis sem 1 dan cuti sem.
tahukah anda, saya tak berapa nak ready lagi.
tahukah anda, saya rasa sangat malas.
tahukah anda, saya sangat takut
tahukah anda, saya kena pergi belajar sekarang.
tahukah anda, saya rasa saya boleh dapat 4.00 flat.
tahukah anda, ayat dia atas kena highlightkan perkataan rasa.
tahukah anda, definisi rasa saya berbeza dari kamus dewan dan pustakaq.
tahukah anda, saya nak stop tulis ni sebab dah tau tau nak bagi tau anda apa da.
tahukah anda, untuk mendoakan saya?

Sunday, 4 September 2011

Friday, 2 September 2011

less than a week left

omggggggggggggggggggggggggg.
it is only just about less than a week left for me to sit for TEST 2..
but its is raya, and i am not studying any in this holiday yet.
=..='

actually i try to study,
but when i open the book,
i do not know want to study what.
when i open bio, i feel like wan to study physics
and vice versa.
-,-'
duhh
so i would like to online and play games rather than study.
-,-'

oh god, please give me mood to study.

Wednesday, 24 August 2011

annoying people

sometime,
when you go to some places.
you will meet people that make you uncomfortable.
so,it could be same as the annoying orange on the youtube show.

the definition of annoying maybe differs to the other people.
for example, i am really feel so annoyed when i am studying and focusing in lecture but the annoying people come and say "dah la tak yah la study", "pergh gila la ko study", "tudia budak genius"

pffftttttt.

some of other examples are when the annoying people come and ask you wether you study last night, and then you say yes. they will response like this "gile la study.aku tak tau bila la aku nak start study ni" once again if bad word can be used, surely i used.
however, when we say we not study, they will say "tipu la, ko mesti studynye".
im speechless -,-'

so, to avoid this.

don't follow what other people do, but always follow your heart and your mind ask and do it at maximum level

Tuesday, 23 August 2011

counting the days and i have no mood

yahooo..
its only left only about two days for me to go back home..
i will go back home on thursday :)
because there will no class on friday.
jealous?
haha

however,  it makes me no mood to study and revise the subjects.
it makes me become so lazy and tend to do no other than online and online.

i am so scared and nervous although the final exam is on 21 september 2011.
oh my god. only a month left for the final exam.

and the test 2 will held on 7 september 2011. exactly after raya celebration holiday.

so, it will be a rayaless -,-'

Sunday, 21 August 2011

sambungan cerita physics yang menyayat hati

sebelum tu sila baca post ini dahulu. klik sini
kalau tak surely tak paham.


pagi bertukar malam,
hari silih berganti,
saat di mana tuanku sentiasa berdoa agar aku dapat ditemui semula,
akhirnya pada 20/8/2011
setelah sebulan aku hilang dari tuanku, aku berjaya kembali pada tuan ku.

_____________________________________________________

sebagai summary dan synopsis cerita ini,
aku amat amat amat berterima kasih kepada sesiapa yang telah memulangkan buku fizik aku ni.
aku jumpa di depan pintu rumah ku.
terima kasih sangat sangat sangat sangat.
akhirnya boleh la aku belajar fizik dengan sempurna.cehwahh.
kalau la aku tahu siapa yang pulangkan buku ni.
pasti aku akan belanja buka puasa kat pendeta.
terima kasih la weh.
lagi satu, sesiapa yang ada terhilang lab coat dan buku nota cover yayasan pelajaran mara dlm isinya hanya sedikit example math serta lukisan gambar-gambar dan permainan tic tac toe.
sila tuntut pada saya, kerana orang yang tolong pulangkan buku aku ni sudah beri sekali labcoat dan buku nota ni.

alhamdulillah :)

Saturday, 20 August 2011

the easiest way to remember biology :D

i hope i can remember well :)

whats on my mind

it just a week for the students at center of foundation studies, UiTM puncak alam to go back to their hometown to celebrate aidilfitri.
maybe almost all of the students are very delighted and excited to go back to their home.

but
whats on my mind is about test 2 which will happen exactly after a week of hari raya celebration.
it makes me feel so scared and nervous.
damn

i try to relax and chill but when a day passed by a day,
and the time approaches the day
it makes my nerve wrinkled and heart beating faster more than drummer of muse play a song.

to be honest,
i am so worry about mathematics. i need to lost at most 10 marks from test 2 and final to get A.
i hope i can.

Wednesday, 17 August 2011

being deactivate

when you deactivate your facebook account,
it will appear a feeling.
a feeling that is hardly to describe by words or phase.
it is more understanding by the people who have deactivate their account.

to be honest, when you activate your facebok account,
you will feel freedom like maher zain's song
or more like so far away by a7x
and i can say also like time is running out by muse

being deactivate from this shitty socialnetwork create by a dumb man from harvard has make me appreciate my every second and minutes in life.

it is more time to do other benefits activity rather than being a noob checking for useless notification infront of laptop.


by this day, it has almost  2 weeks i have deactivated my account hence avoid lagha activity.


p/s: selamat menyemarakkan nuzul al-quran

Monday, 15 August 2011

salam perantauan

dari: muhammad naqib bin abdul rahim, pelajar perubatan tahun akhir Royal College of Surgeons in Ireland. asasi sains, UiTM, Puncak Alam

ucapan: selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri kepada ibu bapa saya, kepada kakak, abang dan adik saya.kepada saudara-saudara saya, kepada starian 060, kepada rakan asasi sains, rakan group f4, rakan sekolah rendah,cikgu-cikgu dan lecturer lecturer, rakan tadika, rakan sebelah katil masa baby. makcik kantin, tauke-tauke kedai cyber cafe kat taman cempaka belakang star. abang-abang polis bantuan uitm,pakcik bawak bas rapid kl, kakak yang jaga kaunter mc donald, bakal kawan saya dan semua yang mengenali diri saya ini :)
diharapkan ramadhan dan syawal kali ini penuh bermakna dan doakan kejayaan saya yea :)

Wednesday, 10 August 2011

mind and heart

"don't follow what other people do. but always follow your heart and your mind ask and do it at maximum level."
-naqib

Sunday, 7 August 2011

insyaAllah


"And never give up hope of Allah's soothing Mercy: Truly no one despairs of Allah's soothing Mercy except those who have no faith." (12:87)

Saturday, 6 August 2011

serius ni betul

lepas ni.
mungkin sehingga raya tiba.
aku tidak akan online.
serius
yea ini serius

okbye :)

post mortem test 1

result?
not so good.

but

i believe i can get 4.00 flat :)

although i always hope i can take retest and make it full mark :)
what a wasteful.

but nvm
kbye.

Wednesday, 3 August 2011

just the way you are :)

Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!
I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

ww #takingatberapa :D

PI080 F4 - kelas @uitm, puncak alam

Sunday, 31 July 2011

رمضان مبارك

selamat berpuasa :)

kisah kedai makan wtfbbq

tadi, aku pergi jungle trekking kat broga hill.

pastu masa nak balik tu dah malam la kan.

so, kami pun berhentila kat kedai makan di kajang kot.(aku mana la nak tau tempat)

sampai sampai kat kedai tu.(tak perlu rasanya kasi tau nama kedai)

aku order la nasi goreng pataya dan teh o ais.

ceritanya begini.

dah la buat nasi lambat.*ni aku boleh sabar lagi la*

pastu nasi gile sikit.aduiiiii. dah la tak de daging langsung macam dia balut nasi putih kosong gune telur pastu letak sos.demn

pastu aku pun dengan penuh rasa boleh bersabar lagi pergilah bayar.

masa nak bayar tu.

tet tet tet tet tet.(bunyi pakcik tu tekan dia punya mesin duit)

harga rm6.50

wtfffffff

nasi goreng pataya yg sikit dan takde isi= rm5.00
air teh o ais= rm1.50

wahhh. sangat berbaloi. puiii..

penat aku perli cara baik.
"murah-murah dan sedap-sedap kot makanan kat sini kan weh"aku berkata kepada kawanku semasa nak keluarkan duit.


cisssssssss.jangan harap aku nak datang lagi.
kbye.